MEDIA DAN IDENTITI BARU


PEMBINAAN IDENTITI

Menurut Grossberg melalui kajian lepas Torres (2008) iaitu The Construction of Identity and Musical Identities: A Literature Review menyatakan bahawa identiti sentiasa terbentuk daripada perbezaan dan melengkapkan bahawa terdapat sesuatu pemahaman alternatif tentang hubungan moden dan identiti.  Perkara tersebut mencadangkan bahawa zaman moden mengubah semua hubungan identiti ke dalam hubungan perbezaan. Hall juga menjelaskan bahawa identiti sebenar adalah mengenai maklumat yang menggunakan sumber sejarah, bahasa dan budaya. Beliau menggambarkan identiti tersebut merujuk kepada titik pertemuan antara satu sama lain. (Torres, 2008)

Gambar rajah 1: User generated content. (Feldman,2017)


JENIS KEBAIKAN KANDUNGAN PENGGUNA YANG DIJANA:

• Peningkatan kesedaran
  ~ Lebih ramai orang membincangkan jenama anda melalui media sosial dan blog, secara tidak lansung memberikan anda lebih banyak pendedahan.

• Pemahaman yang lebih baik terhadap penonton anda
  ~Anda mendapat lebih banyak maklumat mengenai perkhidmatan pelanggan yang dicari dan bagaimana mereka mengemari sesuatu jenama tersebut.
• Penglibatan lebih (more engagement)
  ~UGC membolehkan anda meningkatkan hubungan anda dengan pengguna dalam talian.
• Komuniti yang lebih kuat
   ~ Membina perbualan membolehkan pengguna anda saling menyambung dan berhubung untuk mendapatkan barangan anda..
• Keputusan Carian (search result)
  ~ Lebih banyak kandungan menghasilkan lebih banyak pengindeksan enjin carian yang memberikan keterlihatan laman web anda dipertingkatkan di sekitar frasa utama sasaran.
• Kandungan yang boleh dipercayai
  ~ Kebanyakan pengguna hari ini suka mempercayai rakan sebaya mereka. Apabila pelanggan berpuas hati dengan pembelian tersebut mereka akan  memberitahu orang lain tentang pengalaman mereka, ia memberikan bukti sosial yang menyokong kredibiliti jenama tersebut.
• Jualan
    ~ Penglibatan pembeli dan pembelian adalah antara faedah yang paling langsung dari kandungan yang dihasilkan oleh pengguna.

IDENTITI DAN MEDIA BARU

Secara umumnya, identiti terbentuk melalui pengaruh keadaan dan bukan secara semula jadi atau biologi. Menurut Woodward (1997) pula, identiti cenderung berubah dan bukan bersifat tetap. Dalam pada itu, identiti sebenar  bukan sahaja dibentuk oleh individu itu sendiri tetapi  terhasil daripada interaksi sesama manusia dan juga faktor persekitaran individu itu sendiri. Kini, identiti dapat dilihat melalui dua  perspektif iaitu melalui kehidupan realiti dan kehidupan maya individu itu. Identiti maya dilihat lebih monopoli apabila wujudnya perbezaan corak penggunaan media baharu di atas talian.

Kewujudan media baru hakikatnya memang telah memberi impak terhadap identiti seseorang individu. Individu tersebut mampu berubah mengikut apa yang telah individu tersebut kongsikan pada laman sosial milik mereka seperti Twitter, Facebook dan Instagram. Menerusi media baru, manusia mampu meluahkan perasaan yang terpendam dan hal ini menjadikan identiti mereka sangat berbeza pada realitinya. Jika realitinya mereka seorang pendiam, namun menerusi media baru ini menjadikan mereka seorang yang lantang bersuara dan menyatakan pandangan dan perasaan mereka. Sedikit sebanyak perubahan identiti menerusi media baru ini sebenarnya mempengaruhi identiti sebenar mereka pada realitinya.

Sebagai contoh, pengguna laman sosial facebook hendaklah meletakkan nama dan gambar/profil di akaun Facebook mereka agar kenalan Facebook yang lain lebih jelas mengenali mereka dengan identiti sebenar. Namun begitu, ada dalam kalangan pengguna media sosial ini merahsiakan identiti sebenar mereka dengan meletakkan identiti palsu. 

Seterusnya, kaitan penggunaan media baru dalam kalangan  remaja. Bagi pengetahuan umum, media baru lebih sinonim dengan remaja yang banyak menggunakan media baharu ini untuk bersosial. Media merupakan sebahagian daripada dunia dan aktiviti sosial remaja zaman sekarang. Hal ini demikian kerana golongan remaja yang masih belajar sama ada di sekolah atau di pengajian tinggi  telah memiliki telefon pintar yang canggih seperti Iphone, Samsung, OPPO dan ASUS. Hal ini telah memudahkan mereka mengakses media baru melalui  telefon pintar tersebut.

Perkembangan media baru ini telah menjadi sebahagian daripada keperluan remaja untuk meneruskan kehidupan mereka ke arah kemodenan. Oleh itu, hal ini akan menyebabkan identiti mereka berubah seiring dengan persekitaran kehidupan mereka. Dalam hal ini, golongan remaja telah menggunakan media baru untuk meningkatkan intelektual diri mereka dan juga membolehkan mereka bersosial dengan berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa sempadan. 

Kesimpulannya, media baru saling berkaitan dengan identiti seseorang bagi membentuk identiti yang sebenar. Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa identiti seseorang itu sentiasa berubah mengikut keadaan dan tempat. Begitu juga identiti seseorang individu di laman sosial tidak akan sama dengan kehidupan realiti yang sebenar.

Kontroversi Identiti Dan Media Baharu

 Pada tahun 2014, isu keagamaan yang tercetus di laman media massa adalah melalui program I Want to Touch a Dog. Isu ini menjadi kontroversi kepada rakyat Malaysia apabila mengganggu pemikiran dan emosi mereka dengan perkara yang bertentangan dengan norma masyarakat islam Malaysia (Muammar ,2015). Pada program tersebut terdapat peserta yang memeluk anjing sedangkan pada hakikatnya orang melayu sendiri tidak memelihara anjing. Kontroversi seperti ini juga pernah berlaku pada tahun 1937 di Kelantan.

Seterusnya, pada tahun 2013 seorang wanita islam bekerja sebagai pelatih anjing dan memuat naik video yang telah dirakam di media sosial. Secara ringkasnya, penganjuran program tersebut adalah bertujuan untuk mengatasi perasaan takut terhadap anjing. Penganjur program tersebut berkata bahawa segelintir peserta yang memeluk anjing adalah berada diluar kawalan mereka.
Media massa telah memainkan peranan dalam menyebarkan dan membudayakan konflik yang berlaku. Menerusi isu tersebut, media massa telah mempengaruhi sikap penonton tentang isu yang disampaikan. Media juga mampu membentuk minda dan pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu. Selain itu, media massa berperanan dalam mencorakkan perubahan sosial masyarakat masa kini. Justeru itu, isu yang dibangkitkan oleh media massa itu juga telah berjaya menunjukkan bahawa masyarakat melayu di Malaysia mempertahankan identiti mereka dengan cara yang bijaksana.


RUJUKAN



Feldman,B. (2017, July 9). 7 user generated content idea to create a trusted brand. Retrieved from http://feldmancreative.com/2017/07/user-generated-content-ideas/

Muammar G. H. (2015). Kontroversi program “ I want to touch a dog” dalam media kontemporari daripada perspektif Melayu..Jurnal Komunikasi, 195-210.

Torres, C. A. (2008). The construction of Identity and Musical Identities: A literature review. visions of research in Music Education, 11, 1-11.

Woodward, K . (1997). Identity and difference, London, Thousand Oaks: Sage Publication



Comments

  1. Identiti pada masa sekarang banyak dipengaruhi oleh media baharu. Jika kita lihat identiti seseorang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa, apabila di luar identiti seseorang tidak sama dengan identiti di alam maya. Mereka menggunakan media sosial untuk membentuk identiti mereka tersendiri sekaligus menunjukkan identiti sebenar mereka kepada publik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju pandangan anda. Banyak orang sentiasa bersembunyi identiti sebenar mereka dan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

      Delete
    2. Pada pendapat syas, hal ini berlaku dimana seseorang individu tersebut sembunyikan identiti adalah kerana ingin berhati-hati kerana pendedahan diri secara terbuka mungkin boleh mengundang perkara yang tidak diingini. Hal ini kerana, identiti adalah satu perkara sensitif yang perlu dijaga daripada di fitnah kerana media sosial boleh menjadi satu tempat bermulanya jenayah. Oleh itu, sebagai pengguna perlu juga berhati-hati dalam menggunakan sesuatu yang tiada batasan seperti Facebook yang mempunyai batasan yang nipis.

      Delete
    3. Saya bersetuju dengan pendapat awak, setiap individu semestinya menginginkan privasi mereka sendiri. Hal ini demikian kerana mereka ingin mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan boleh menjatuhkan maruah mereka.

      Delete
    4. Saya mengakui bahawa media baharu adalah medium untuk pendedahan kendiri . Saya rasa orang banyak guna sosial media sebagai alatan untuk menunjukkan identiti diri yang dianggap sebagai sempurna. Hal ini demikian kerana mereka ingin diterima dan disukai oleh rakan9rakan mereka.

      Delete
    5. Saya setuju. Pengguna akan menggunakan masa terluang untuk mengakses media. Kehidupan pada masa ini menggunakan media untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat tidak kira golongan muda ataupun dewasa.

      Delete
  2. identiti merupakan satu perkara yang dikenali sebagai pengenalan diri seseorang itu. Dengan adanya identiti kita dapat mengenalpasti sikap dan tingkahlaku seseorang, Identiti juga satu perkara yang boleh berubah mengikut keadaan sekeliling. Salah satu cara adalah melalui media sosial seperti Facebook, identiti yang dibuat menyebabkan mereka boleh menonjolkan diri mereka dalam masyarakat atau publik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan anda, tetapi pendedahan yang keterlaluan mengenai identiti diri seseorang itu juga boleh mengancam dirinya sendiri. Hal ini demikian kerana sesetengah perkara yang sepatutnya peribadi tidak lagi terjamin kerana semua orang telah mengetahui tentang perkara yang sepatutnya dirahsiakan.

      Delete
    2. Dalam dunia siber sekarang, pengguna media banyak berkongsi maklumat melalui Facebook, Tweeter dan Instagram. Dalam masa yang sama, orang lain dapat mengetahui identiti orang lain melalui media. Kebanyakkan pengguna menggunakan media online untuk mengenalpasti identiti seseorang melalui apa yang mereka kongsikan.

      Delete
  3. Pada pendapat saya, identiti dan media baru juga memperkenalkan identiti yang mana kita sering menggunakannya iaitu facebook. Dari situ kita dapat mengetahui identiti seseorang itu melalui status yang dibuat atau maklumat yang dikongsi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MEDIA BARU

GLOBALISASI DALAM MEDIA BAHARU

Komputer Sebagai Pengantara Komunikasi (CMC)