SECOND LIFE FOR US - Your World. Your imagination
Second life adalah dunia maya 3D yang dicipta oleh Linden Lab pada tahun 2003 (Linden Lab,n.d .). Second life dijangka terdapat satu juta pengguna sedia ada pada tahun 2013 (Infographic : 10 years of second life,2013) . Ia adalah salah satu jenis permainan watak secara online yang melibatkan banyak pemain dalam satu server(MMORPGs).
Aplikasi Second Life
1.
Pekerjaan
·
Membolehkan
pekerja mewujudkan tempat kerja maya, mengamalkan komunikasi korporat,
menjalankan sesi latihan dalam persekitaran pembelajaran 3D dan prototype
produk baru.
2.
Seni
·
Masyarakat
boleh menyesuaikan diri mereka ke alam maya seperti pameran seni, muzik, teater
dan machinima.
3.
Hiburan
·
Aktiviti
seperti rekreasi dan permainan tradisional untuk golongan masyarakat.
4.
Pendidikan
·
Second
Life digunakan secara meluas dalam pendidikan terutamanya Universiti dan
Sekolah. Memudahkan urusan pelajaran dan pembelajaran
5.
Kedutaan
·
Berfungsi
untuk mempromosikan imej dan budaya sesuatu masyarakat.
6.
Agama
·
Mayarakat
lebih bersedia membincangkan hal keagamaan dan rohani.
·
Agama
islam boleh melakukan ritual haji dalam bentuk reality maya sebelum melakukan
haji secara langsung di Makkah.
7.
Sains
·
Digunakan
untuk penyelidikan saintifik dan visualisasi data. Contohnya SciLands, Acs
Island Society of America and Villages Islands
8.
Menjadi
Pedagang
·
Buat dan jual barangan maya di pasaran global.
Dari penghibur kepada profesional Second Life menawarkan peluang yang tidak
berkesudahan untuk perancang 3D, model, penerbit, dan semua orang di antara untuk
keuntungan dari kreativiti mereka.
Aplikasi second life adalah satu
permainan yang memberi peluang kedua untuk seseorang individu tersebut
merancang atau mewujudkan kehidupan baru bagi mereka didalam dunia alam maya.
Namun demikian, tidak semua yang di idamkan mereka berlaku di dunia nyata
dimana kehidupan dalam aplikasi tersebut berbeza dengan kehidupan nyata. Hal ini bermaksud, mereka yang masuk atau
melibatkan diri dalam aplikasi ini adalah mereka yang mungkin inginkan
kehidupan yang lebih baik. Namun begitu, tidak semua yang dirancang dalam
aplikasi second life boleh dijadikan realiti kerana kehidupan manusia
susah untuk dijangkakan oleh manusia sendiri.
Second life merupakan kehidupan yang di idamkan oleh seseorang yang tidak dapat dipenuhi kehendaknya dalam dunia realiti. Mereka membentuk kehidupan yang mereka inginkan tanpa sebarang halangan dan mudah untuk mendapatkan segala yang diidamkan. Rumah besar,perniagaan membina perhubungan dan banyak lagi yang jauh berbeza dengan dunia realiti di lakukan oleh seseorang dalam dunia maya buatan mereka.
Rujukan
Hope, R..B, & Talab, R..S. (2009). Ethical
Issue in Second Life. Technology Trend. 53(1)
Infographic
: 10 years of second life. (2013). Retrieved from
https://www.lindenlab.com/releases/infographic-10-years-of-second-life
Bagi saya second life banyak membuang masa. Bukan apa, bila kita terperap saja dalam bilik semata-mata untuk bermain dengan aplikasi second life banyak masa yang akan terbuang dengan sia-sia, walhal masa tersebut boleh saja kita isi dengan perkara yang lebih berfaedah lagi seperti cuci piring, cuci kain, tolong emak di dapur, beriadah dan sebagainya. Lagi pun bermain dengan aplikasi second life serupa seperti kita menipu diri kita sendiri dan orang lain. Memang lah segelintir orang menggunakan aplikasi tersebut adalah untuk memenuhi impian dan atur cara kehidupan yang mereka idamkan, tetapi bukan kah itu menyebabkan mereka akan hilang kemahiran untuk berkomunikasi, iyalah bila mereka di second life mereka boleh saja berkomunikasi dengan orang ramai tetapi itu hanyalah di alam maya, komunikasi face-to-face bagaimana pula?
ReplyDeleteSaya setuju bahawa orang akan menipu diri kita sendiri dari segi identiti. Tapi dalam masa yang sama, second life ini juga salah satu cara untuk mempelajari cara untuk berinteraksi dengan orang lain. Dengan latihan di second life, mereka akan lebih lancar dan lebih dapta tangkap pandagan dan perasaan orang laiin.
DeleteBerbicara mengenai "Second Life" ini setiap orang mempunyai pandangan mereka yang tersendiri. Mungkin bagi sesetengah orang, dengan menjadikan second life di alam maya akan lebih memberi kepuasan dalam hidup mereka walaupun kadang-kala watak yang dijadikan untuk mewakili mereka berbeza dengan diri mereka di alam nyata. Alam maya membolehkan kita untuk menjadi apa yang ingin kita jadi kerana tiada had untuk kita mencorakan diri kita sendiri walaupun berbeza dengan indentiti diri kita yang sebenarnya. Namun begitu, kadang-kala second life juga boleh dicipta untuk pelajaran selain untuk perhubungan dengan orang lain dan kalau dalam konten permainan(games) adalah untuk kuasa.
ReplyDeletePada pandangan saya, Second life merupakan aplikasi dunia virtual yang dikembangkan dengan teknologi 3 dimensi. Karena menggunakan 3D, maka dibutuhkan bandwidth yang memadai untuk bisa menjalankannya. Second life ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi seseorang yang diinginkan dan biasanya ada perbezaan besar berbanding dengan hidupan sebenar. Contohnya, ada orang sangat malu untuk bercakap depan orang ramai, tapi dalam alam maya dia berani bercakap fikirannya kerana tidak ada sesiapa yang tahu siapa dia di dunia sebenar. Oleh itu, dia bergantung kapada orang itu sendiri sama ada dia membawa kesan positif atau kesan negatif.
ReplyDeletesaya setuju dengan pandangan awak, ini kerana kadang kala seseorang itu malu untuk berhadapan dengan orang ramai. oleh itu dengan adanya aplikasi seperti mereka dapat mengurangkan rasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai walaupun hanya melalui media sosial iaitu dunia virtual
DeleteTetapi kadang-kadang orang akan talkative di alam maya tetapi di dunia realiti pendiam.
DeleteSetuju dengan pendapat anda. Hal ini boleh berlaku dimana seseorang individu tersebut mempunyai watak yang lain iaitu menjadi talkative di alam maya dan pendiam di dunia realiti kerana mereka lebih selesa kerana tidak saling mengenali namun tetap boleh berkomunikasi hanya dengan menaip dimana seseorang individu tersebut boleh memikir terlebih dahulu untuk susun ayat supaya boleh berkomunikasi dengan lancar. Namun di realiti kebanyakan kita ingin menjaga hati masing-masing kerana takut setiap perkataan atau ayat mungkin boleh menyakitkan hati. Oleh itu, seseorang individu itu menjadi pendiam kerana sangat perbezaan proses komunikasi di realiti dan alam maya amat ketara dari segi kenalan. Bah kan identiti mungkin juga tidak benar. Oleh itu, mereka menjadi berani kerana masing-masing tidak mengenali.
Delete"second life" sememangnya wujud pada masa kini, hal ini demikian kerana zaman telah berubah dengan sangat canggih. Oleh ramai yang ingin menggunakannya dan sesetengah daripada mereka menggunakan kehidupan di media sosial tidak seperti kehidupan mereka secara realiti. Misalnya, mereka akan menggunakan watak kartun dan akan melakukan apa yang mereka inginkan. Pada kehidupan realiti mereka hanya mempunyai rumah yang biasa-biasa sahaja,tetapi dalam kehidupan di alam maya mereka menjadikan rumah mereka sebagai rumah yang sangat mewah.
ReplyDelete" second life " merupakan salah satu aplikasi alam maya yang digunapakai oleh individu untuk membentuk dan mereka kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Oleh sebab itu, individu perlu bijak menguruskan masa semasa menggunakan aplikasi tersebut. Jika tidak masa mereka akan terbuang begitu sahaja.
ReplyDelete