MEDIA BARU
Definisi media baru
Menurut Andika (2016), media
baru merupakan media yang terbentuk dari interaksi antara manusia dengan
komputer contohnya dari segi penggunaan internet. Baily Scha dan Barbara
Eber-Schmid turut menjelaskan dalam New Media Institute bahawa “New
media is a 21st Century, catchall used to define all that is related
to the internet and the interplay between technology, images and sound. In
fact, the definition of new media changes daily and will continue to do so”.
Istilah
media baru ini turut digunakan di mana-mana dalam pelbagai cara. Lievrouw dan
Livingstone (2002) memberi tumpuan kepada mesej (iaitu, komunikasi dan
amalannya), teknologi (iaitu, medium), dan konteks sosial di mana ia digunakan.
Ketiga aspek media baru ini muncul berulang kali dalam kesusasteraan bersama
dengan teknologi dan praktik lain yang lebih spesifik seperti kolaborasi,
pendigitan, telekomunikasi. Media baru merupakan satu perubahan daripada media
lama “ Old Media” kepada “ New Media” (Friedman, 2008).
Menurut Siti Ezaleila Mustafa dan Azizah Hamzah (2011), membahagikan perkembangan media baru kepada empat
era. Perkembangan pertama ialah era komunikasi tulisan, Seterusnya ialah era
komunikasi cetak, Yang ketiga merupakan era telekomunikasi, dan yang terakhir ialah
era komunikasi interaktif. Media baru merupakan salah satu transformasi dari
media lama pada era komunikasi interaktif.
Media
sosial yang sering dilawati adalah:
- Blog
- Google plus
- Skype
- Yahoo messenger
- My space
Terdapat
4 kategori pecahan media baru
Manfaat
media baru
Pelbagai
manfaat boleh diperolehi melalui penggunaanya seperti kecepatan untuk mengakses
dan mendapat maklumat dengan lebih pantas. Selain itu juga, ia juga merupakan sebuah
teknologi komunikasi yang mampu membantu untuk mengatur dan menyusun segala
maklumat yang diingini secara lebih efisien.
Media baru dalam era sekarang
dilihat lebih berpengaruh berbanding media berbentuk tradisional seperti media
cetak dan media elektronik. Masyarakat sekarang lebih memilih untuk membaca
berita secara atas talian berbanding pergi ke kedai dan membeli surat khabar.
Dengan kewujudan media baru tersebut, masyarakat kini tidak lagi hidup
berpuak-puak kerana perubahan teknologi turut merubah kehidupan manusia.
Berdasarkan jurnal berjudul “Media Baharu yang Baharu: Trend Penggunaan Jaringan Sosial Dalam
Kalangan Pengguna di Malaysia” yang ditulis oleh Siti Ezaleila Mustafa
dan Azizah Hamzah, mereka berpendapat bahawa media baru digunakan untuk
memenuhi keperluan psikologi dan sosial bagi seseorang individu. Mereka
menjadikan internet sebagai cara untuk bertemu atau berinteraksi serta membina
sebuah perhubungan. (Mustafa
& Hamzah, 2011))
Rujukan
Andika,
D.. (2016). Definisi dan Manfaat New Media. Retrieved from
https://www.it-jurnal.com/definisi-dan-manfaat-new-media.
Friedman,
L. W. (2008). The new media technologies overview and research framework.. SSRN Electronic Journal, 4.
Mustafa,
S. E. & Hamzah, A. (2011). Media Baharu yang Baharu: Trend Penggunaan
Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna di Malaysia. Jurnal Pengajian Media
Malaysia 13(2), 93–110.
Pada pendapat saya, teknologi komunikasi yang semakin meningkat, membawa perubahan yang sangat ketara dalam kehidupan manusia sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Kewujudan media baharu ini sememangnya berfungsi untuk memudahkan antara manusia. Misalnya, pada masa kini masyarakat mudah untuk mendapatkan maklumat walaupun hanya duduk di rumah kerana mereka hanya perlu melayari media sosial untuk mendapatkan maklumat isu semasa. Namun begitu tanpa kita sedari kewujudan media baharu ini juga turut mempunyai impak negatif kepada cara pemikiran generasi masa kini. Gaya pemikiran tersebut dikhuatiri akan membawa kepada kemusnahan atau merubah peradaban sesebuah negara. Kesan media baharu juga dapat dilihat melalui masyarakat apabila mereka lebih mudah percaya kepada maklumat dalam internet berbanding maklumat daripada surat khabar dan televisyen.
ReplyDeletePada pandangan saya, teknologi maklumat masa kini semakin canggih dengan adanya penggunaan internet. Media baru merupakan satu inovasi daripada media yang lama dimana memudahkan lagi masyarakat pada hari ini untuk mengetahui maklumat dan isu semasa dengan lebih pantas dan cepat dan di mana jua. Contohnya jika dahulu untuk membaca berita perlu membeli surat khabar ataupun melalui televisyen tetapi kini hanya menggunakan telefon bimbit kita sudah dapat membaca akhbar secara atas talian. Namun begitu, dengan perubahan ini akan mencetuskan kebimbangan terhadap tahap pemikiran masyarakat kearah keburukan. Hal ini demikian, kita sudah sedia maklum bahawa pasti ada kesan positif dan negatif dengan wujudnya media baru.
ReplyDeleteMedia baharu pada masa sekarang banyak mencetuskan pelbagai isu samada yang baik ataupun yang buruk. Jika kita lihat media baharu yang ada pada masa sekarang sangat jauh beza dengan media pada zaman dahulu kala. Hal ini kerana trend media baharu pada sama kini banyak membawa kepada impak negatif kepada masyarakat. Kita boleh lihat penggunaan facebook dan instagram yang sangat popular pada masa kini telah disalah gunakan oleh pengguna sehingga boleh mencetuskan perbalahan. Namun disini saya juga bersetuju bahawa media baharu memberi manfaat kepada pengguna yang tahu menggunakannya. Banyak yang boleh kita ketahui dan seterusnya memberi informasi kepada kita tentang isu-isu yang berlaku diserata dunia. Kita juga boleh mensearch maklumat-maklumat yang berkaitan pembelajaran khususnya kepada pelajar-pelajar universiti yang banyak membuat kajian.
ReplyDeleteMedia baru wujud disebabkan manusia sendiri yang menciptanya. Oleh itu segala kesan positif dan kesan negatif yang muncul adalah disebabkan pengguna sendiri kerana tidak mempunyai etika atau adab dalam menggunakan sesuatu yang menjadi hak kongsi pengguna dimana perlu saling hormat-menghormati sesama pengguna-pengguna media. Hal ini kerana kewujudan media baru adalah memberi kemudahan untuk pengguna bukannya untuk menimbulkan masalah kepada manusia. Namun, pengguna sendiri yang menjadi media baru sebagai rangkaian atau platform yang negatif sehingga boleh membawa ke arah jenayah seperti menyebarkan fitnah. Oleh itu, kesan yang wujud tidak boleh mempersalahkan media baru tetapi pengguna sendiri perlu dipersalahkan kerana begitu banyak perkara yang baik boleh digunakan dengan media baru seperti dalam mencari maklumat.
ReplyDeleteMedia baru dalam era sekarang dilihat lebih berpengaruh berbanding media berbentuk tradisional seperti media cetak dan media elektronik. Masyarakat sekarang lebih memilih untuk membaca berita secara atas talian berbanding pergi ke kedai dan membeli surat khabar. Dengan kewujudan media baru tersebut, masyarakat kini tidak lagi hidup berpuak-puak kerana perubahan teknologi turut merubah kehidupan manusia.
ReplyDeletewalaubagaimanapun, orang masih lagi ingin mencari teman, cuma merakan tukar medium untuk memenuhi keperluan mereka.
DeleteMedia baru telah menyebabkan interaksi sesama manusia berkurangan kerana mereka lebih gemar menggunakan media sosial untuk berinteraksi. Media sosial yang sering digunakan adalah facebook, whatsapp, instagaram dan sebagainya. Selain itu, media baru juga telah menyababkan pergerakan manusia terbatas kerana mata dan tangan hanya fokus kepada telefon bimbit dan tidak melihat depan dan sekeliling mereka apabila berjalan. Hal ini akan menyebabkan kesan yang tidak baik berlaku seperti terlanggar sesuatu benda atau dilanggar oleh kenderaan lain. Oleh itu, tidak salah dalam penggunaannya tetapi haruslah mengehadkannya.
ReplyDelete