GLOBALISASI DALAM MEDIA BAHARU

Pengertian Globalisasi dalam Teknologi

Globalisasi merupakan satu proses di mana berlakunya perubahan atau satu perjalanan untuk sesebuah perkembangan dalam sebuah aspek. Dahulu hingga kini, globalisasi sentiasa berlaku setiap masa. Namun dalam konteks yang lebih jelas atau secara umumnya, globalisasi adalah proses di mana manusia di serata dunia menjadi lebih cepat atau mudah dalam mengetahui sesuatu perkara atau maklumat tidak kira sama ada dari segi budaya, ekonomi, politik, teknologi dan persekitaran. Namun demikian, teknologi membolehkan manusia melalui proses globalisasi kerana dengan teknologi segala maklumat, sama ada ekonomi, politik dan budaya boleh di salurkan ke setiap pelosok dunia. Contoh radio sehingga sekarang menjadi teknologi maklumat untuk manusia. Buktinya ketika Jepun datang ke Tanah Melayu di mana, mereka putuskan semua talian maklumat supaya penduduk di Tanah Melayu kurang atau tidak mengetahui perkembangan yang berlaku.

Tiga jenis globalisasi utama 

Globalisasi politik    
·         Pengembangan sistem politik global dan institusi di mana urus niaga antara serantau telah diuruskan (Modelski, Devezas dan William, 2007).
·         Negara-negara mencuba untuk menerima dasar politik dan gaya pentadbiran yang hamper sama untuk memudahkan bentuk globalisasi yang lain.
·         Sebagai contoh memindah kepada kerajaan sekular, perjanjian perdagangan bebas dan sebagainya.


Globalisasi ekonomi
·         Merujuk kepada pergerakan bebas barangan, kapital, perkhidmatan, teknologi dan maklumat (Mohan,2009).
·         Ia telah dibahagi kepada dua jenis:
ü  Bahan (perdagangan fizikal) globalisasi untuk komoditi dan kepakaran.
ü  Bukan bahan (kewangan) globalisasi untuk piawaian dan kemudahan.
ü   
Globalisasi budaya
·         Penghantaran idea, maksud serta nilai kepada seluruh dunia sebagai cara untuk memanjangkan hubungan sosial.
·         Ia banyak dikritik sebagai pemusnahan budaya tempatan.

Globalisasi Media
Media ialah alat atau perkakas yang biasanya digunakan untuk menyampaikan informasi di antara manusia. Media terbahagi kepada dua iaitu media elektronik dan media cetak masing-masing mempunyai contoh seperti internet untuk media elektronik manakala surat khabar untuk media cetak di mana kedua-dua media ini merupakan alat untuk menyampaikan maklumat. Dengan itu, setiap media yang ada boleh menjadi semakin fleksibel di sebabkan globalisasi yang terjadi kerana teknologi yang semakin canggih membuat media sangat senang di terokai.


Ciri-ciri negara yang mengalami globalisasi
Media dan teknologi merupakan aspek yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan globalisasi. Teknologi media yang semakin berkembang diseluruh dunia menjadikan dunia seakan-akan semakin mengecil. Kesemua maklumat hanya boleh didapati sekadar menekan dihujung jari. Malaysia juga tidak terlepas dari menuju ke arah negara globalisasi apabila mikro satelit pertama pertama negara iaitu TiungSAT 1 telah dilancarkan pada tahun 2002. Hampir semua negara, yang rakyatnya menggunakan teknologi internet dan televisyen satelit merupakan negara yang mencapai kemajuan teknologi.

           Selain daripada kemajuan teknologi dan media, proses globalisasi terhadap sesebuah negara juga dapat dilihat melalui aspek pertumbuhan ekonomi sebagai asas globalisasi, perdagangan bebas yang diamalkan oleh sesebuah kerajaan, TNCs dan monopoli dengan menghasilkan pengeluaran barangan satu pertiga dunia, darjah kebergantungan antara negara yang kecil, pasaran bebas dan demokrasi yang terakhir pasaran bebas dan demokrasi. Antara negara-negara yang mengalami globalisasi yang tinggi adalah Amerika Syarikat, Belgium, Canada, Denmark , United Kingdom dan banyak lagi.

Kesan globalisasi terhadap budaya

Globalisasi telah membawa pembangunan digital media. Internet telah menggantikan media cetak sebagai sumber informasi utama di Amerika syarikat pada 2008 (Pew Research Center for the People, 2008).

Gambar rajah 1 Sumber informasi yang orang menerima di Amerika Syarikat (Pew Research Center for the People, 2008)


1. Rakyat kurang dalam penglibatan kegiatan sosial.
·         Menerima maklumat tanpa keluar dari rumah dan interaksi
·         Mengubah cara berinteraksi manusia di Malaysia.      

2. Melayari maklumat tanpa membaca dan memikir
·         Rangkaian visual yang diaplikasi di Pinterest and Instagram telah mengurangkan informasi.
·         Menjadikan manusia menerima informasi tanpa berfikir 

3. Jualan media cetak semakin kurang
Lambakan penulisan berita atas talian menjadikan media tradisional (surat khabar,majalah) tidak menjadi tumpuan utama dalam mendapatkan sesuatu maklumat.

4. Sistem pendidikan yang efektif
·    Zaman teknologi yang semakin canggih, membolehkan masyarakat mengakses bahan rujukan serta maklumat terkini dari dalam dan luar negara dengan lebih mudah, pantas dan menyeluruh.
·     Menurut Othman (2012) globalisasi membawa kearah perancangan sistem pendidikan yang lebih baik.


Rujukan
Feffer, J. (2002) .Living In Hope people challenging globalization. New York, United State: American Friends Service Committee
George, C. L. (1995). Managing Globalization in the Age of Interdependence, United State of America : Pfeiffer & Company,
James, P (2006). Globalism, Nationalism, Tribalism: bringing theory back in. London : Sage Publications.
Modelski, G., Devezas, T., & William, R. Thompson (2007). Globalization as evolutionary process: modeling global change. Abingdon : Routledge.
Mohan, R.J. (2009). International Business. Oxford: Oxford University Press.
Othman, N. (2012). Does globalization have an impact on the education system in Malaysia?. International Journal of Learning,18 (9),107-116)
Pew Research Center for the People & the Press. (2008, December 23). Internet Overtakes Newspapers as News Outlet.  Retrieved daripada http://people-press.org/report/479/internet-overtakes-newspapers-as-news-source.

Comments

  1. Pada pendapat saya, globalisasi bukan sahaja memberi kesan kepada budaya malahan turut memberi kesan kepada politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Misalnya, salah satu kesan globalisasi kepada pendidikan adalah penggunaan bahasa Melayu akan dipinggirkan sebagai bahasa ilmu. Iaitu apabila penggunaan bahasa Inggeris lebih diutamakan terutamanya di IPTS dan sebahagian IPTA menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Hal ini menyebabkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kurang baik. Selain itu, globalisasi juga akan mengancam ekonomi apabila perlindungan terhadap produk-produk tempatan semakin terhakis dan produk tempatan terpaksa bersaing dengan produk dari luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Peredaran zaman membuatkan banyak perkara berubah melalui globalisasi. contohnya Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sepatutnya perlu dimartabatkan setiap masa walaupun dunia sekarang memerlukan Inggeris terutamanya dalam bidang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan. Namun demikian, penggunaan Bahasa Melayu tidak seharusnya ditinggalkan demi menuju ke arah negara yang lebih moden.

      Delete
    2. Ya betul, kerana kesan globalisasi juga banyak berlaku terhadap sistem pendidikan negara yang mana sesetengah IPTA mewajibkan bahasa penggantar disitu adalah bahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa melayu akan dipinggirkan dari.

      Delete
  2. Globalisasi bermaksud dunia tanpa sempadan akibat adanya kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Bermula dari situ berlakunya satu aliran barangan dan perkhidmatan secara bebas tanpa ada kawalan. Pada pendapat saya, globalisasi juga boleh membawa kepada kesan positif dan negatif. Kesan dari segi positif kita dapat lihat kepada segi ekonomi, politik, sosial, pemindahan teknologi yang bertambah pesat. Contoh dari segi ekonomi akan mewujudkan satu perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas selain menggalakkan lagi persaingan antara negara Malaysia dengan negara –negara lain. Tetapi, terdapat juga kesan negatif globalisasi contohnya dari segi budaya kepada masyarakat pada hari ini. Dapat dilihat pada hari ini budaya barat semakin tersebar dengan adanya internet dan televisyen satelit, seperti Korean Wave dan banyak lagi menyebabkan budaya barat menjadi lebih dominan dan berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja masa kini. Ini sikit sebanyak mencetuskan kebimbangan kepada negara untuk menghadapi dengan baik dan untuk mengatasi masalah-masalah yang akan timbul dengan adanya teknologi maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, kesan globalisasi juga dapat dilihat apabila berlakunya peredaran masa yang mana pengaruh budaya asing yang masuk ke dalam negara kita. Apabila budaya luar masuk maka budaya sendiri akan dilupakan seperi Korean Wave sendiri, peminat-peminat drama korea telah mula minat dan telah lupa cerita-cerita melayu yang lama.

      Delete
  3. Jika kita lihat kepada aspek globalisasi pada masa kini, ianya satu cabaran yang sangat besar kepada negara. Hal ini kerana apabila adanya sempadan globalisasi yang tidak terkawal akan memberi banyak kesan yang tidak baik kepada perkembangan akhlak dan sahsiah masyarakat disesebuah negara khususnya. Kita dapat lihat kuasa viral pada masa kini sangat kuat sehingga boleh memecahkan ikatan perhubungan sesama manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, jadi ini sekarang masalah untuk mendidik rakyat kita untuk memeikir lasak sebelum merakan membuat sesuatu sama ada dalam alam maya atau alam sebernar.

      Delete
  4. Globalisasi terjadi disebabkan masa dimana ia terjadi sejak dari dahulu lagi. Hal ini bermaksud setiap perubahan yang terjadi baik dari segi ekonomi, politik dan sosial mempunyai perubahan untuk ke arah yang lebih baik. Contohnya teknologi yang setiap masa berubah dari segi ciptaan atau penggunaannya. Namun demikian, globalisasi dengan perkembangan sahsiah dan akhlak masyarakat sering kali dikaitkan dimana masyarakat meletakkan perubahan sahsiah ke atas globalisasi yang terjadi kerana perlu mengikut pemodenan yang semakin berkembang. Akan tetapi akhlak dan sahsiah masyarakat adalah tanggungjawab manusia sendiri untuk membentuknya dimana manusia sendiri yang perlu mengawal segala pembaharuan yang terjadi disebabkan globalisasi yang setiap masa akan terjadi. Oleh itu, globalisasi teknologi perlu digunakan dengan baik mengikut etika supaya boleh Di manfaat dengan betul bukannya untuk menyebarkan aib orang lain yang boleh memecah belahkan perhubungan sesama manusia. Manusia dikurniakan akal dimana manusia diberikan keupayaan untuk memikirkan sesuatu yang baik. Oleh itu, manusia juga perlu menjadi kriktikal dimana mampu berfikiran yang lebih tinggi untuk mengawal globalisasi yang terjadi bukan menyalahkannya kerana globalisasi terjadi disebabkan manusia sendiri yang menghasilkan dan mencipta sesuatu yang baru.

    ReplyDelete
  5. Globalisasi telah membawa kesan kepada digital sama ada kesan baik ataupun kesan buruk. teknologi yang semakin canggih memberi kemudahan kepada para pengguna seperti mencari maklumat dan berhubung dengan ahli keluarga lain yang berada di luar negara.Tetapi, globalisasi juga menyebabkan orang ramai semakin bergantung kepada digital media dan meenjadi kera sumbang. Oleh itu, globalisasi yang terjadi bukan menyalahkannya kerana globalisasi terjadi disebabkan manusia sendiri yang menghasilkan dan mencipta sesuatu yang baru. Orang yang menguasai globalisasi, bukan globalisasi yang menguasai orang.

    ReplyDelete
  6. Globalisasi dalam teknologi telah membawa perkembangan yang pesat kepada masyarakat hari ini terutama kepada penggemar media sosial. Dalam proses tersebut telah memberi banyak kesan terhadap aktiviti negara samada dalam positif atau negatif. Kesan positif globalisasi dapat dilihat apabila berlakunya peningkatan dari segi ekonomi negara mahupun pendapatan isi rumah. Hal ini kerana, masyarakat hari ini berkembang dalam perniagaan atas talian dengan menjual barang-barang kehendak mahupun keperluan. Kesan negatif terebut adalah terhadap budaya hari ini yang kerap berlaku di media sosial iaitu masyarakat melakukan komen-komen dan berkongsi maklumat yang belum pasti sahihnya. Daripada kelakuan tersebut telah memberi kesan yang tidak sihat terhadap pemikiran orang lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MEDIA BARU

Komputer Sebagai Pengantara Komunikasi (CMC)