MEDIA DAN IDENTITI BARU
PEMBINAAN IDENTITI
Menurut
Grossberg melalui kajian lepas Torres (2008) iaitu The Construction of Identity and Musical
Identities: A Literature Review menyatakan bahawa identiti sentiasa
terbentuk daripada perbezaan dan melengkapkan bahawa terdapat sesuatu pemahaman
alternatif tentang hubungan moden dan identiti. Perkara tersebut mencadangkan bahawa zaman moden mengubah semua hubungan
identiti ke dalam hubungan perbezaan. Hall juga menjelaskan bahawa identiti
sebenar adalah mengenai maklumat yang menggunakan sumber sejarah, bahasa dan
budaya. Beliau menggambarkan identiti tersebut merujuk kepada titik pertemuan antara
satu sama lain. (Torres, 2008)
Gambar rajah 1: User generated content. (Feldman,2017)
JENIS
KEBAIKAN KANDUNGAN PENGGUNA YANG DIJANA:
• Peningkatan kesedaran
~
Lebih ramai orang membincangkan jenama anda melalui media sosial dan blog, secara
tidak lansung memberikan anda lebih banyak pendedahan.
• Pemahaman yang lebih baik terhadap
penonton anda
~Anda
mendapat lebih banyak maklumat mengenai perkhidmatan pelanggan yang dicari dan
bagaimana mereka mengemari sesuatu jenama tersebut.
• Penglibatan lebih (more engagement)
~UGC
membolehkan anda meningkatkan hubungan anda dengan pengguna dalam talian.
• Komuniti yang lebih kuat
~ Membina perbualan membolehkan pengguna anda
saling menyambung dan berhubung untuk mendapatkan barangan anda..
• Keputusan Carian (search result)
~
Lebih banyak kandungan menghasilkan lebih banyak pengindeksan enjin carian yang
memberikan keterlihatan laman web anda dipertingkatkan di sekitar frasa utama
sasaran.
• Kandungan yang boleh dipercayai
~
Kebanyakan pengguna hari ini suka mempercayai rakan sebaya mereka. Apabila
pelanggan berpuas hati dengan pembelian tersebut mereka akan memberitahu orang lain tentang pengalaman
mereka, ia memberikan bukti sosial yang menyokong kredibiliti jenama tersebut.
• Jualan
~ Penglibatan pembeli dan pembelian adalah antara faedah yang paling
langsung dari kandungan yang dihasilkan oleh pengguna.
IDENTITI
DAN MEDIA BARU
Secara umumnya, identiti terbentuk
melalui pengaruh keadaan dan bukan secara semula jadi atau biologi. Menurut
Woodward (1997) pula, identiti cenderung berubah dan bukan bersifat tetap.
Dalam pada itu, identiti sebenar bukan
sahaja dibentuk oleh individu itu sendiri tetapi terhasil daripada interaksi sesama manusia
dan juga faktor persekitaran individu itu sendiri. Kini, identiti dapat dilihat
melalui dua perspektif iaitu melalui
kehidupan realiti dan kehidupan maya individu itu. Identiti maya dilihat lebih
monopoli apabila wujudnya perbezaan corak penggunaan media baharu di atas
talian.
Kewujudan media baru
hakikatnya memang telah memberi impak terhadap identiti seseorang individu.
Individu tersebut mampu berubah mengikut apa yang telah individu tersebut
kongsikan pada laman sosial milik mereka seperti Twitter, Facebook dan Instagram.
Menerusi media baru, manusia mampu meluahkan perasaan yang terpendam dan hal
ini menjadikan identiti mereka sangat berbeza pada realitinya. Jika realitinya
mereka seorang pendiam, namun menerusi media baru ini menjadikan mereka seorang
yang lantang bersuara dan menyatakan pandangan dan perasaan mereka. Sedikit
sebanyak perubahan identiti menerusi media baru ini sebenarnya mempengaruhi
identiti sebenar mereka pada realitinya.
Sebagai contoh,
pengguna laman sosial facebook hendaklah meletakkan nama dan gambar/profil di
akaun Facebook mereka agar kenalan Facebook yang lain lebih jelas mengenali
mereka dengan identiti sebenar. Namun begitu, ada dalam kalangan pengguna media
sosial ini merahsiakan identiti sebenar mereka dengan meletakkan identiti
palsu.
Seterusnya, kaitan
penggunaan media baru dalam kalangan
remaja. Bagi pengetahuan umum, media baru lebih sinonim dengan remaja
yang banyak menggunakan media baharu ini untuk bersosial. Media merupakan
sebahagian daripada dunia dan aktiviti sosial remaja zaman sekarang. Hal ini
demikian kerana golongan remaja yang masih belajar sama ada di sekolah atau di
pengajian tinggi telah memiliki telefon
pintar yang canggih seperti Iphone,
Samsung, OPPO dan ASUS. Hal ini telah memudahkan mereka mengakses media
baru melalui telefon pintar tersebut.
Perkembangan media baru
ini telah menjadi sebahagian daripada keperluan remaja untuk meneruskan kehidupan
mereka ke arah kemodenan. Oleh itu, hal ini akan menyebabkan identiti mereka
berubah seiring dengan persekitaran kehidupan mereka. Dalam hal ini, golongan
remaja telah menggunakan media baru untuk meningkatkan intelektual diri mereka
dan juga membolehkan mereka bersosial dengan berinteraksi dengan sesiapa sahaja
tanpa sempadan.
Kesimpulannya, media
baru saling berkaitan dengan identiti seseorang bagi membentuk identiti yang
sebenar. Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa identiti seseorang itu sentiasa
berubah mengikut keadaan dan tempat. Begitu juga identiti seseorang individu di
laman sosial tidak akan sama dengan kehidupan realiti yang sebenar.
Kontroversi
Identiti Dan Media Baharu
Pada tahun 2014, isu keagamaan yang
tercetus di laman media massa adalah melalui program I Want to Touch a Dog. Isu ini menjadi kontroversi kepada rakyat
Malaysia apabila mengganggu pemikiran dan emosi mereka dengan perkara yang
bertentangan dengan norma masyarakat islam Malaysia (Muammar ,2015). Pada program tersebut
terdapat peserta yang memeluk anjing sedangkan pada hakikatnya orang melayu
sendiri tidak memelihara anjing. Kontroversi seperti ini juga pernah berlaku
pada tahun 1937 di Kelantan.
Seterusnya, pada tahun
2013 seorang wanita islam bekerja sebagai pelatih anjing dan memuat naik video
yang telah dirakam di media sosial. Secara ringkasnya, penganjuran program
tersebut adalah bertujuan untuk mengatasi perasaan takut terhadap anjing.
Penganjur program tersebut berkata bahawa segelintir peserta yang memeluk
anjing adalah berada diluar kawalan mereka.
Media massa telah memainkan peranan
dalam menyebarkan dan membudayakan konflik yang berlaku. Menerusi isu tersebut,
media massa telah mempengaruhi sikap penonton tentang isu yang disampaikan.
Media juga mampu membentuk minda dan pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu.
Selain itu, media massa berperanan dalam mencorakkan perubahan sosial
masyarakat masa kini. Justeru itu, isu yang dibangkitkan oleh media massa itu
juga telah berjaya menunjukkan bahawa masyarakat melayu di Malaysia
mempertahankan identiti mereka dengan cara yang bijaksana.
RUJUKAN
Feldman,B.
(2017, July 9). 7 user generated content idea to create a trusted brand.
Retrieved from http://feldmancreative.com/2017/07/user-generated-content-ideas/
Muammar
G. H. (2015). Kontroversi program “ I want to touch a dog” dalam media
kontemporari daripada perspektif Melayu..Jurnal Komunikasi, 195-210.
Torres, C. A. (2008). The construction
of Identity and Musical Identities: A literature review. visions of research in
Music Education, 11, 1-11.
Woodward,
K . (1997). Identity and difference, London, Thousand Oaks: Sage Publication
Identiti pada masa sekarang banyak dipengaruhi oleh media baharu. Jika kita lihat identiti seseorang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa, apabila di luar identiti seseorang tidak sama dengan identiti di alam maya. Mereka menggunakan media sosial untuk membentuk identiti mereka tersendiri sekaligus menunjukkan identiti sebenar mereka kepada publik.
ReplyDeleteSaya setuju pandangan anda. Banyak orang sentiasa bersembunyi identiti sebenar mereka dan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa.
DeletePada pendapat syas, hal ini berlaku dimana seseorang individu tersebut sembunyikan identiti adalah kerana ingin berhati-hati kerana pendedahan diri secara terbuka mungkin boleh mengundang perkara yang tidak diingini. Hal ini kerana, identiti adalah satu perkara sensitif yang perlu dijaga daripada di fitnah kerana media sosial boleh menjadi satu tempat bermulanya jenayah. Oleh itu, sebagai pengguna perlu juga berhati-hati dalam menggunakan sesuatu yang tiada batasan seperti Facebook yang mempunyai batasan yang nipis.
DeleteSaya bersetuju dengan pendapat awak, setiap individu semestinya menginginkan privasi mereka sendiri. Hal ini demikian kerana mereka ingin mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan boleh menjatuhkan maruah mereka.
DeleteSaya mengakui bahawa media baharu adalah medium untuk pendedahan kendiri . Saya rasa orang banyak guna sosial media sebagai alatan untuk menunjukkan identiti diri yang dianggap sebagai sempurna. Hal ini demikian kerana mereka ingin diterima dan disukai oleh rakan9rakan mereka.
DeleteSaya setuju. Pengguna akan menggunakan masa terluang untuk mengakses media. Kehidupan pada masa ini menggunakan media untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat tidak kira golongan muda ataupun dewasa.
Deleteidentiti merupakan satu perkara yang dikenali sebagai pengenalan diri seseorang itu. Dengan adanya identiti kita dapat mengenalpasti sikap dan tingkahlaku seseorang, Identiti juga satu perkara yang boleh berubah mengikut keadaan sekeliling. Salah satu cara adalah melalui media sosial seperti Facebook, identiti yang dibuat menyebabkan mereka boleh menonjolkan diri mereka dalam masyarakat atau publik.
ReplyDeleteSaya setuju dengan anda, tetapi pendedahan yang keterlaluan mengenai identiti diri seseorang itu juga boleh mengancam dirinya sendiri. Hal ini demikian kerana sesetengah perkara yang sepatutnya peribadi tidak lagi terjamin kerana semua orang telah mengetahui tentang perkara yang sepatutnya dirahsiakan.
DeleteDalam dunia siber sekarang, pengguna media banyak berkongsi maklumat melalui Facebook, Tweeter dan Instagram. Dalam masa yang sama, orang lain dapat mengetahui identiti orang lain melalui media. Kebanyakkan pengguna menggunakan media online untuk mengenalpasti identiti seseorang melalui apa yang mereka kongsikan.
DeletePada pendapat saya, identiti dan media baru juga memperkenalkan identiti yang mana kita sering menggunakannya iaitu facebook. Dari situ kita dapat mengetahui identiti seseorang itu melalui status yang dibuat atau maklumat yang dikongsi.
ReplyDelete