Internet Tanpa Wayar. Apa pandangan anda?


Internet Tanpa Wayar

Set peraturan baru internet tanpa wayar
            Di Malaysia, masyarakat sekarang sangat mudah untuk mendapatkan rangkaian Wifi ataupun hotspot secara percuma dengan pergi ke restoran untuk mendapatkan rangkaian tersebut tetapi mereka tidak menyedari bahawa perkara tersebut telah mendedahkan diri mereka kepada penjenayah untuk mengodam maklumat diri mereka. Untuk menjauhkan diri mereka daripada berlakunya perkara sedemikian pengguna boleh menjadikan sambungan supaya tidak kelihatan oleh pengguna lain dan data tidak boleh dibaca.
Kreativiti budaya
            Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaksanakan pencapaian teknologi tanpa wayar dalam usaha memajukan lagi perkhidmatan internet ke seluruh kawasan. Projek Kampung Wifi di Kampung Bahagia Jaya, Teku Sarawak dijalankan untuk meningkatkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi. Teknologi WIFI yang disediakan kepada masyarakat menyenangkan dalam penggunaannya dalam mewujudkan masyarakat berilmu (K-Society).

             Selain itu, beberapa buah sekolah telah menerima sumbangan komputer dimana sambungan internet tanpa wayar memudahkan mereka mengakses jalur lebar dengan kelajuan sehingga 4Mbps dalam jarak 50 meter. Perubahan ini membolehkan masyrakat di luar bandar menerima faedah dalam menggunakan kemudahan ICT. Peruntukan kemudahan ini adalah penambahbaikan internet di setiap kawasan. KampungWifi ini dilihat dapat menyediakan kemudahan Internet dan ICT kepada masyarakat setempat untuk dinikmati bersama.
 
Sejarah perkembangan muzik mudah alih:
            Muzik mudah alih ini merupakan muzik yang di muat turun dan dibuka dengan menggunakan telefon bimbit. Kini, dengan teknologi digital yang serba canggih, kebanyakan pengguna boleh mendapatkan muzik mudah alih ini dengan senang. Contohnya, hanya membuka muzik mudah alih yang terdapat pada apps atau Youtube. Tetapi, adakah kamu tahu, perkembangan muzik mudah alih ini tidak senang dan mengambil masa yang Panjang?
Figure 1: The History of Portable Music "Infographic" (Price, 2011)


Kesan media mudah alih: 

  a)Politik dan masyarakat
            Pendekatan berkempen menerusi dunia digital atau perang siber dapat menyemarakkan lagi kempen Pilihan Raya Umum. Berkempen menerusi alam siber khususnya laman web, blog politik, khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan persidangan video menjadi kaedah baru yang menghangatkan suasana berkempen sama ada membabitkan parti atau calon yang bertanding bagi tempoh kempen hinggalah hari pembuangan undi.

            Parti politik, calon dan agensi kerajaan menyediakan pelbagai peluang untuk memperolehi maklumat oleh rakyat awam seterusnya menyediakan ruang berpolitik yang lebih luas berbanding 10 tahun lalu. Maklumat dalam talian dan penglibatan rakyat dalam teknologi komunikasi maklumat mempunyai 2 dimensi iaitu komunikasi awam dan komunikasi politik (ekonomi politik) yang mempengaruhi produksi web seterusnya menghasilkan “third media age” (Lusoli &Ward, 2005).
 

         b)Bahasa
            Timbulnya penggunaan bahasa singkatan yang berleluasa. Bahasa SMS seperti ini akan mencemarkan bahasa Melayu kerana terdapat penggunaan bahasa singkatan, bahasa rojak, dan sebagainya yang menyebabkan hilangnya ketulenan bahasa tersebut. Hal ini amat menyedihkan kerana selama lebih 10 tahun kita diajar untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul tetapi akhirnya kita mengabaikan penggunaan bahasa tersebut.
Contoh bahasa SMS:
“akum, bley x sesape plz bgtau cm ner nk siap kn keje nie..? idea plz..”
c)Individual
            Internet sebagai media komunikasi, paling banyak digunakan dimana setiap pengguna internet dapat berkomunikasi dengan pengguna lainnya dari seluruh dunia. Cara ini dapat mempermudahkan komunikasi dan mengeratkan silatulrahim yang tinggal berjauhan. Melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, dan sebagainya pengguna boleh berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan cepat.

            Contohnya kewujudan sistem ‘voice recording’ yang terdapat pada apps Whatsapp memberikan pengguna kemudahan dan tidak perlu menaip mesej yang panjang. Bahkan sekarang kecanggihan telefon yang mengandungi sistem 3G dapat memberikan pengguna berkomunikasi menerusi telepon sekaligus melihat wajah kenalan yang dihubungi ketika itu.  

      d)Detachment and Nation of time
Telefon telah wujud sejak dahulu dan fungsinya tidak dapat disangkal lagi dengan perkembangannya terutama sekali pada zaman moden ini. Teknologi ini memudahkan sistem komunikasi antara manusia walaupun berada pada jarak yang jauh. Misalnya, kita mempunyai sahabat yang berada daripada luar negara salah satu cara untuk berhubung dengan mereka dengan cepat adalah menggunakan telefon.
Selain itu, kita juga dapat memperolehi maklumat dengan cepat dengan melayari Google melalui telefon dengan cepat dan pantas. Misalnya, jika kita tidak memahami sesuatu perkara atau ingin mengetahui kesahihan sesuatu maklumat kita dengan mudah untuk melayari internet menggunakan telefon mengetahui perkara tersebut.

Figure 2: Kebaikan Telefon Pintar "Smartphone" (Ummu Khadijah, 2014)

            Selain itu, penggunaan telefon juga memudahkan kita ke mana-mana sahaja. Hal ini demikian kerana kita boleh menggunakan aplikasi seperti GPS, Waze dan Google Maps untuk mencari lokasi yang ingin kita tuju.

Figure 3: Kebaikan Telefon Pintar "Smartphone" (Ummu Khadijah, 2014)

 

         e) Set peraturan baru dan budaya kreatif
         1G:  
  •  Analog
  •  hanya layanan suara (voice)

2G:
  •    Beralih kepada digital teknologi tanpa wayar
  •  Suara (voice) masih menjadi keutamaan 
  •  Penggunaan SMS – untuk menyampaikan perkhidmatan suara mudah alih kepada orang ramai.
  •   Kapasiti dan liputan yang lebih baik
       3G:
  •   Dilancarkan pada awal tahun 2000
  •  Beralih kepada kemudahan data dan jalur lebar
  •    Memperkenalkan kemudahan akses internet berkelajuan tinggi untuk pertama kali
  •   Internet Broadband kepada telefon pintar dan seterusnya mudah alih (mobile) di mana-mana.  
4G:
  •      Evolusi untuk menyediakan lebih banyak kapasiti data.
  •  Menyampaikan jalur lebar mudah alih (mobile) yang lebih cepat dan lebih baik kepada pengguna.
  •  Dapat menyampaikan lebih banyak kapasiti untuk kegunaan seperti memuat turun video, permainan, lagu, streaming, video call dengan lebih laju dan cepat.

    Figure 4: Lets Know How Internet Advanced from 1G to 5G ( Rao, 2017)

References

 Ummu Khadijah. (2014). Kebaikan Telefon Pintar "Smartphone".
        Retrieved  from http://ummukhadijah.com/kebaikan-telefon-pintar-smartphone/ 
Lusoli, W. & Ward, J. (2005). Politics makes strange bedfellows the internet and the 2004                           European  parliament election in Britain. Harvard International Journal of  Press/Politics (4),  
       71-79.
Price, E. (2011). The History of Portable Music (Infographic).
        Retrieved from https://www.technobuffalo.com/2011/08/20/the-history-of-portable-music- 
        infographic/
Rao, M. (2017). Lets Know How Internet Advanced from 1G to 5G.
         Retrieved from  https://english.newstracklive.com/news/lets-know-how-internet-advanced-
         from-1g-to-5g-28252-1.html



Comments

  1. Berbicara mengenai internet tanpa wayar, saya memang tidak berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan. Hal ini kerana, terdapat segelintir kampung yang memang mempunyai kemudahan internet tanpa wayar tetapi sungguh mendukacitakan rangkaian internet tidak dapat di akses sepenuhnya. Susah juga mau cakap.
    Selain itu, bercakap tentang muzik mudah alih, memang tidak dinafikan bahawa dengan adanya rangkaian internet kita mudah mendapatkan lagu yang digemari hanya dengan menggunakan aplikasi youtube yang sangat popular pada masa kini.
    Saya tertarik dengan penggunaan bahasa dan ejaan ketika berbalas mesej atau komen. Penggunaan bahasa dan ejaan menjadi semakin canggih mengikut peralihan masa dan bunyi ejaan semakin lari daripada bunyi perkataan yang sebenar. Kadang-kadang saya sendiri yang membaca pun binggung apa sebenarnya yang hendak disampaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan pandangan anda. Internet tanpa wayar menjadi semakin penting dalam kehidupan kita. Ia berfungsi sebagai alat pendidikan pada zaman ini. Namun begitu, disebabkan kemudahan tidak mencukupi di kamoung, mereka telah hilang peluang untuk meningkatkan daya persaingan diri.

      Delete
  2. Internet di hujung jari sering kali digunakan oleh masyarakat untuk memberi gambaran mengenai kemudahan yang ada pada hari ini. Internet yang memudahkan masyarakat untuk mengakses pelbagai keperluan dan kehendak mereka tanpa perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah untuk mendapatkannya. Namun begitu, terdapat juga sesetengah kawasan terutama luar bandar yang tidak dapat mengakses internet dengan baik tetapi ia tidak menjadi masalah untuk mereka mendapatkan maklumat yang diperlukan. Melihat kepada perkembangan dalam media sosial terutama muzik dari dahulu hingga sekarang menunjukkan perubahan yang ketara dalam memberi kepuasan kepada mereka yang menggunakannya. Selain itu juga, dengan kemudahan internet tanpa wayar atau (Mobile internet) juga membolehkan masyarakat melayari internet tidak kira dimana mereka berada.

    ReplyDelete
  3. Kesan media mudah alih telah membawa banyak kesan terhadap politik, masyarakat, bahasa dan setiap individu. Internet sebagai media komunikasi, paling banyak digunakan dimana setiap pengguna internet dapat berkomunikasi dengan pengguna lainnya dari seluruh dunia. Cara ini dapat mempermudahkan komunikasi dan mengeratkan silatulrahim yang tinggal berjauhan. Melalui laman sosial seperti Facebook, Whatspp, Twitter dan sebagainya, pengguna boleh berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan cepat. Masyarakat juga dapat melayari internet untuk mencari maklumat atau berhiburan dengan cepat dan senang.

    ReplyDelete
  4. Begitu banyak manfaat yanh boleh dilihat dengan wujudnya kemudahan seperti internet tanpa wayar dimana boleh membentuk media mudah alih. Namun demikian, terdapat beberapa juga keburukan dimana setiap ada kebaikan mesti ada keburukan. Contohnya berita dimana dengan menggunakan media mudah alih ini, banyak penulis bebas iaitu bukan bertauliah yang menulis berita yang pembaca sendiri tidak percaya hasil sumbernya. Oleh itu, sampai sekarang pembaca lebih percayakan media tradisional seperti surat khabar, radio dan televisyen untuk mendapatkan berita yang sahih. Walaubagaimanapun, media mudah alih ini juga sangat berguna untuk pengguna kerana manusia perlu menghadapi globalisasi dunia yang berlaku samada dari segi teknologi.

    ReplyDelete
  5. Inisiatif Internet Tanpa Wayar yang bermula sejak 2010, dibangunkan kerajaan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar secara percuma kepada masyarakat terutamanya di bahagian pedalam. Ianya diakses secara percuma oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pengguna seharusnya menghargai dan menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebetulnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MEDIA BARU

GLOBALISASI DALAM MEDIA BAHARU

Komputer Sebagai Pengantara Komunikasi (CMC)