Pilihan di Tangan Anda



PILIHAN DI TANGAN ANDA


Setiap individu semestinya mempunyai pilihan mereka sendiri untuk mendapatkan maklumat. Namun adakah mereka tahu bahawa maklumat yang perolehi sahih atau tidak? Antara laman web yang sering dikunjungi untuk mendapat berita-berita semasa adalah menerusi blog, berita asas talian dan sebahagian surat khabar bercetak yang mula meletakkan berita mereka secara atas talian.

News blog
            News blog merupakan satu blog yang menyampaikan berita secara atas talian (online). Terdapat kedudukan bertentangan berkaitan konsep blog berita. Dimana satu isu yang boleh dibahaskan adalah sama ada "blog berita" boleh dianggap sebagai sumber berita tulen atau tidak. Perdebatan mengenai kelebihan blog-blog berbanding dengan kewartawanan konvensional agak luas dengan sudut pandangan yang agak menentang, walaupun ada persetujuan mengenai tuntutan untuk keterbukaan blog berita.

Contoh blog:




Berita Dalam Talian

            Kemunculan Information and Communication Technology (ICT) telah merubah cara kita berkomunikasi, berinteraksi dan seterusnya cara kita mendapatkan berita atau hiburan. Jika dulu, kita perlu ke kedai sekiranya hendak membeli surat khabar untuk mendapatkan berita semasa. Namun kini, dengan adanya ICT, ia telah memberi banyak kelebihan kepada kita semua. hampir semua surat khabar di Malaysia boleh diakses melalui internet seperti Kosmo Online, Utusan Malaysia, Berita Harian dan banyak lagi.
            Sesuai dengan peredaran masa, perkembangan dunia teknologi turut membentuk budaya masyarakat menjadi lebih mesra teknologi. Jika dahulu untuk mendapatkan maklumat tentang isu semasa, masyarakat akan mencari surat khabar terlebih dahulu. Namun, dengan adanya kemudahan media baru, maklumat tersebut boleh di akses di internet kerana kebanyakan industri media cetak telah mengadaptasikan kemunculan media baru ini contohnya berita secara online.

Contoh berita atas talian:

 


Hanya sebahagian daripada akhbar cetak

            Sesetengah individu masih lagi memilih untuk membaca surat khabar bercetak kerana mereka berpendapat bahawa maklumat yang disampaikan lebih jelas. Keutamaan surat khabar tersebut masih bergantung kepada surat khabar cetak dan berita atas talian hanya sampingan sahaja. 

            Kewujudan ini disebabkan mereka ingin mencuba bidang baharu untuk menarik minat generasi muda yang gemar membaca berita atas talian berbanding dengan surat khabar bercetak. Namun, percetakan surat khabar di Malaysia sudah semakin menurun, hal ini menunjukan surat khabar bercetak berkemungkinan akan lenyap pada masa hadapan. 

Contoh sebahagian daripada akhbar cetak:





Kelebihan berita atas talian:

1.      Perkongsian maklumat 
    Berkongsi maklumat merupakan satu kebaikan dari "blogging" dimana mereka akan berkongsi pelbagai maklumat dan berita seperti hiburan, politik, ekonomi, sosial, sukan dan lain-lain. Dengan kemudahan internet pengguna mudah untuk mendapatkan maklumat yang ingin dicari sama ada melalui blog berita atau laman web yang lain.

2.      Boleh menjana pendapatan
     "Blog berita" boleh menjana pendapatan sendiri dengan hanya mendaftar dengan mana-mana syarikat sahaja. Setiap berita atau maklumat yang ingin di muat turun, pembaca hanya perlu meng ‘klik’ iklan tersebut akan mendapat duit. 

3.      Memudahkan interaksi antara dua hala 
     Interaksi antara dua hala dalam berita atas talian menjadi mudah apabila pembaca   boleh memberi pendapat tentang isu tersebut. Selain itu, berita atas talian ini sangat penting kerana penulis dapat melihat tindak balas daripada orang ramai terhadap isu tersebut selain dapat melihat pendapat yang diutarakan oleh masyarakat.

4.     Mengetahui perkembangan isu semasa
     Masyarakat dapat mengetahui perkembangan serta isu semasa dalam negara mahupun  luar negara. Maklumat yang diperolehi daripada sumber berita berkenaan akan dikongsi bersama saudara mahupun rakan-rakan. Cara ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada masyrakat untuk menyebarkan informasi dan bertukar pendapat sesama mereka.

Keburukan berita atas talian:
1.     Menyampaikan maklumat palsu, fakta yang salah dan kadangkala juga berunsur fitnah
     Masalah yang sering timbul berkaitan blog berita ini adalah banyak unsur fitnah memfitnah. Hal ini berbahaya kerana setiap berita yang dipaparkan akan dibaca oleh semua masyarakat secara percuma. Implikasi negatif akan timbul terutama dalam kalangan generasi muda kesan bacaan blog yang bersifat memutarbelitkan fakta dan mengancam ketenteraman awam.

2.     Sebagai medium untuk menjatuhkan dan memburukan seseorang seperti artis dan ahli                  politik
     Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi. Kebanyakan yang terlibat adalah golongan ahli-ahli politik. Pelbagai maklumat yang disiarkan mengenai ahli politik tersebut turut ditokok tambah supaya masyarakat percaya tentang keburukan ahli politik itu. Ada yang percaya bulat-bulat apa yang dibaca dan ada juga yang percaya 50-50 sahaja.

3.      Sebagai Alat Untuk Penyebaran Unsur-unsur Tidak Bermoral 
     Terdapat individu yang menggunakan blog sebagai alat untuk menyebarkan berita dan unsur-unsur  tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video lucah. Sekiranya News Blog ini dibaca oleh para remaja, ianya akan memberi kesan negatif kepada mereka.

4.      Pengurangan dalam pembelian akhbar 
 ·       Hal ini menyebabkan kejatuhan bilangan akhbar di dalam pasaran. Dalam pada itu  juga, siaran berita dalam talian akan mengundang pelbagai spekulasi dalam perhubungan perniagaan. Kesan ini disebabkan setiap syarikat penerbitan dan penyiaran akan bersaing untuk menyiarkan berita yang hangat. Tindakan ini secara tidak langsung akan menyebabkan imej dalam sesebuah syarikat akhbar menurun. Sesuatu isu tersebut akan menjadi semakin buruk sekiranya mereka menyentuh isu-isu perkauman yang berada di Malaysia.

            Dari aspek komen yang diberikan oleh para pembaca berita, tidak dinafikan sememangnya terdapat komen yang positif dan negatif daripada mereka berkenaan isu-isu yang disiarkan. Pada pedapat saya, pembaca lebih cenderung memberi komen dengan mengkritik berita-berita yang disiarkan. Keadaan ini berlaku disebabkan perbezaan pendapat antara pelbagai pihak sehingga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai spekulasi. Justeru, saya menyarankan agar semua pengamal media sentiasa bersifat terbuka serta matang jika ingin memberi komen dalam berita atas talian.

            Setiap orang boleh memberikan komen mereka terhadap mana-mana berita atau isu kerana itu adalah hak mereka sebagai pengguna media sosial. Kini, tidak kira perkara baik atau buruk, sesiapa sahaja mampu memberikan komen supaya berita itu menjadi lebih hangat. Kebanyakan jenis blog seperti The Star Online, Utusan Malaysia dan Enanyang Online ini tidak membolehkan penggunanya untuk memberi komen dibawah.

            Ketiga-tiga jenis laman tersebut mempunyai fungsi yang hampir sama. Saya akan mencadangkan supaya pembaca mendapatkan maklumat melalui berita atas talian yang juga mengeluarkan surat khabar bercetak. Hal ini demikian kerana mereka boleh mengetahui sama ada maklumat tersebut sahih atau tidak melalui pembacaan di surat khabar. Namun jika ingin membaca berita melalui blog atau berita atas talian yang lain seseorang individu itu harus mencari sumber yang betul untuk memastikan berita tersebut benar atau tidak dan bukan menjadi "keyboard warrior" yang terus memberi komen sesuka hati mereka. Memberi komen sememangnya hak pembaca namun kita juga harus bijak jika ingin mengkritik orang lain.









Comments

  1. Saya selalunya mengetahui perkembangan berita melalui berita secara atas talian seperti di Facebook atau di dalam internet. Namun saya tidak mempercayai berita tersebut sepenuhnya selagi tidak membaca pada sumber yang betul. Setiap individu sememangnya mempunyai hak untuk memberi komen namun perlu tahu had atau batas untuk memberi komen sehingga tidak menjatuhkan orang lain. Setiap individu juga mempunyai pandangan masing-masing, namun adalah lebih baik memberikan teguran berbentuk nasihat kepada seseorang itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, saya sokong Ain, bukan apa klau kita meluluh membuat kesimpulan dengan sesuatu perkara yang berlaku tanpa kita mengetahui sama ada betul atau salah, ini akan menyebabkan timbulnya fitnah. Bukan begitu?

      Delete
    2. Betul. Berita atas talian yang tidak disahkan boleh menyebabkan kes penipuan berita palsu berlaku dalam masyarakat. Pembaca seharusnya tidak mudah tertipu dengan berita di atas talian terutamanya di media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

      Delete
  2. Memang semua pilihan ada di tangan kita, namun bagi saya lah selagi perkara itu tidak sahih 100% saya tidak akan percaya bulat-bulat. Saya akan percaya apabila perkara tersebut disiarkan melalui berita semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju apabila anda mengatakan pilihan terletak di tangan kita sendiri. Oleh itu, setiap perkara yang ingin dipercayai perlu mempunyai kesahihan kerana kita sebagai masyarakat mempunyai hak untuk memilih.

      Delete
  3. Kebanyakan berita atas talian seperti Facebook ada kalanya kita boleh mempercayainya tetapi tidak 100% percaya selagi kesahihan sebuah cerita tersebut tidak dibuktikan. Pada pandangan saya, walaupun saya suka membaca berita melalui talian Facebook, saya hanya membacanya tanpa mempercayainya dengan hanya sekali baca sahaja. setiap komen yang diberikan adalah hak seseorang tetapi kita perlu berhemah dalam memberi komen bukannya memberi komen secara melulu tanpa mengetahui cerita yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan anda dimana berita yang dikeluarkan dalam facebook sukar untuk saya percaya kerana kadang-kadang berita yang lalu dikongsi balik kerana kita boleh lihat daripada tarikh. Oleh itu, untuk melihat kesahihan berita, saya lebih baik memilih akhbar dan berita yang disiarkan kerana penyampaian dan daripada sumber media yang boleh dipercayai.

      Delete
  4. Zaman sekarang terjumpa terlalu banyak berita palsu yang tidak dapat dipercayai terutamanya berita dari sumber yang tidak rasmi seperti Facebook dan laman web. Oleh itu, penbaca berita haruslah bersikap rasional terhadap beita yang diterbitkan dan tidak mempercayai semua berita semata-matanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pandangan anda, tetapi pada masa yang sama, sikap media adalah sangat penting. Mereka juga perlu memastikan mereka tidak melanggar etika sebagai seorang media.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MEDIA BARU

GLOBALISASI DALAM MEDIA BAHARU

Komputer Sebagai Pengantara Komunikasi (CMC)