Pilihan di Tangan Anda
PILIHAN DI
TANGAN ANDA
Setiap individu semestinya mempunyai pilihan mereka sendiri untuk mendapatkan
maklumat. Namun adakah mereka tahu bahawa maklumat yang perolehi sahih atau
tidak? Antara laman web yang sering dikunjungi untuk mendapat berita-berita
semasa adalah menerusi blog, berita asas talian dan sebahagian surat khabar
bercetak yang mula meletakkan berita mereka secara atas talian.
News blog
News blog merupakan
satu blog yang menyampaikan berita secara atas talian (online). Terdapat kedudukan bertentangan berkaitan konsep blog berita. Dimana
satu isu yang boleh dibahaskan adalah sama ada "blog berita" boleh
dianggap sebagai sumber berita tulen atau tidak. Perdebatan mengenai kelebihan
blog-blog berbanding dengan kewartawanan konvensional agak luas dengan sudut
pandangan yang agak menentang, walaupun ada persetujuan mengenai tuntutan untuk
keterbukaan blog berita.
Contoh blog:
Berita Dalam Talian
Kemunculan Information and Communication Technology (ICT) telah merubah
cara kita berkomunikasi, berinteraksi dan seterusnya cara kita mendapatkan
berita atau hiburan. Jika dulu, kita perlu ke kedai sekiranya hendak membeli
surat khabar untuk mendapatkan berita semasa. Namun kini, dengan adanya ICT, ia
telah memberi banyak kelebihan kepada kita semua. hampir semua surat khabar di
Malaysia boleh diakses melalui internet seperti Kosmo Online, Utusan
Malaysia, Berita Harian dan banyak lagi.
Sesuai dengan peredaran masa, perkembangan dunia teknologi turut membentuk
budaya masyarakat menjadi lebih mesra teknologi. Jika dahulu untuk mendapatkan
maklumat tentang isu semasa, masyarakat akan mencari surat khabar terlebih
dahulu. Namun, dengan adanya kemudahan media baru, maklumat tersebut boleh di
akses di internet kerana kebanyakan industri media cetak telah mengadaptasikan
kemunculan media baru ini contohnya berita secara online.
Contoh
berita atas talian:
Hanya sebahagian daripada akhbar cetak
Sesetengah individu masih lagi memilih untuk membaca surat khabar bercetak
kerana mereka berpendapat bahawa maklumat yang disampaikan lebih jelas.
Keutamaan surat khabar tersebut masih bergantung kepada surat khabar cetak dan
berita atas talian hanya sampingan sahaja.
Kewujudan ini disebabkan mereka ingin mencuba bidang baharu untuk menarik minat
generasi muda yang gemar membaca berita atas talian berbanding dengan surat
khabar bercetak. Namun, percetakan surat khabar di Malaysia sudah semakin
menurun, hal ini menunjukan surat khabar bercetak berkemungkinan akan lenyap
pada masa hadapan.
Contoh sebahagian daripada akhbar cetak:
Kelebihan
berita atas talian:
1.
Perkongsian
maklumat
Berkongsi maklumat merupakan
satu kebaikan dari "blogging" dimana mereka akan berkongsi pelbagai maklumat
dan berita seperti hiburan, politik, ekonomi, sosial, sukan dan lain-lain.
Dengan kemudahan internet pengguna mudah untuk mendapatkan maklumat yang ingin
dicari sama ada melalui blog berita atau laman web yang lain.
2.
Boleh menjana
pendapatan
"Blog berita" boleh menjana pendapatan
sendiri dengan hanya mendaftar dengan mana-mana syarikat sahaja. Setiap berita
atau maklumat yang ingin di muat turun, pembaca hanya perlu meng ‘klik’ iklan
tersebut akan mendapat duit.
3.
Memudahkan interaksi antara dua hala
Interaksi antara dua hala dalam berita atas
talian menjadi mudah apabila pembaca boleh memberi pendapat tentang
isu tersebut. Selain itu, berita atas talian ini sangat penting kerana penulis
dapat melihat tindak balas daripada orang ramai terhadap isu tersebut selain
dapat melihat pendapat yang diutarakan oleh masyarakat.
4. Mengetahui perkembangan isu
semasa
Masyarakat dapat mengetahui perkembangan serta
isu semasa dalam negara mahupun luar negara. Maklumat yang diperolehi
daripada sumber berita berkenaan akan dikongsi bersama saudara mahupun
rakan-rakan. Cara ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada
masyrakat untuk menyebarkan informasi dan bertukar pendapat sesama mereka.
Keburukan
berita atas talian:
1. Menyampaikan maklumat palsu, fakta yang salah dan
kadangkala juga berunsur fitnah
Masalah yang sering timbul berkaitan blog berita
ini adalah banyak unsur fitnah memfitnah. Hal ini berbahaya kerana setiap
berita yang dipaparkan akan dibaca oleh semua masyarakat secara percuma.
Implikasi negatif akan timbul terutama dalam kalangan generasi muda kesan
bacaan blog yang bersifat memutarbelitkan fakta dan mengancam ketenteraman
awam.
2. Sebagai medium untuk menjatuhkan dan memburukan
seseorang seperti artis dan
ahli
politik
Perkara ini tidak dapat
dinafikan lagi. Kebanyakan yang terlibat adalah golongan ahli-ahli politik.
Pelbagai maklumat yang disiarkan mengenai ahli politik tersebut turut ditokok
tambah supaya masyarakat percaya tentang keburukan ahli politik itu. Ada yang
percaya bulat-bulat apa yang dibaca dan ada juga yang percaya 50-50 sahaja.
3.
Sebagai Alat
Untuk Penyebaran Unsur-unsur Tidak Bermoral
Terdapat individu yang
menggunakan blog sebagai alat untuk menyebarkan berita dan unsur-unsur
tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video lucah. Sekiranya News Blog
ini dibaca oleh para remaja, ianya akan memberi kesan negatif kepada mereka.
4.
Pengurangan dalam pembelian akhbar
·
Hal ini menyebabkan kejatuhan bilangan akhbar di
dalam pasaran. Dalam pada itu juga, siaran berita dalam talian akan
mengundang pelbagai spekulasi dalam perhubungan perniagaan. Kesan ini
disebabkan setiap syarikat penerbitan dan penyiaran akan bersaing untuk
menyiarkan berita yang hangat. Tindakan ini secara tidak langsung akan
menyebabkan imej dalam sesebuah syarikat akhbar menurun. Sesuatu isu tersebut
akan menjadi semakin buruk sekiranya mereka menyentuh isu-isu perkauman yang
berada di Malaysia.
Dari aspek komen yang diberikan oleh para pembaca berita, tidak dinafikan
sememangnya terdapat komen yang positif dan negatif daripada mereka berkenaan
isu-isu yang disiarkan. Pada pedapat saya, pembaca lebih cenderung memberi
komen dengan mengkritik berita-berita yang disiarkan. Keadaan ini berlaku
disebabkan perbezaan pendapat antara pelbagai pihak sehingga boleh menyebabkan
berlakunya pelbagai spekulasi. Justeru, saya menyarankan agar semua pengamal
media sentiasa bersifat terbuka serta matang jika ingin memberi komen dalam
berita atas talian.
Setiap orang boleh memberikan komen mereka terhadap mana-mana berita atau isu
kerana itu adalah hak mereka sebagai pengguna media sosial. Kini, tidak kira
perkara baik atau buruk, sesiapa sahaja mampu memberikan komen supaya berita
itu menjadi lebih hangat. Kebanyakan jenis blog seperti The Star Online, Utusan
Malaysia dan Enanyang Online
ini tidak membolehkan penggunanya untuk memberi komen dibawah.
Ketiga-tiga jenis laman tersebut mempunyai fungsi yang hampir sama. Saya akan
mencadangkan supaya pembaca mendapatkan maklumat melalui berita atas talian
yang juga mengeluarkan surat khabar bercetak. Hal ini demikian kerana mereka
boleh mengetahui sama ada maklumat tersebut sahih atau tidak melalui pembacaan
di surat khabar. Namun jika ingin membaca berita melalui blog atau berita atas
talian yang lain seseorang individu itu harus mencari sumber yang betul untuk
memastikan berita tersebut benar atau tidak dan bukan menjadi "keyboard warrior" yang terus memberi
komen sesuka hati mereka. Memberi komen sememangnya hak pembaca namun kita juga
harus bijak jika ingin mengkritik orang lain.
Saya selalunya mengetahui perkembangan berita melalui berita secara atas talian seperti di Facebook atau di dalam internet. Namun saya tidak mempercayai berita tersebut sepenuhnya selagi tidak membaca pada sumber yang betul. Setiap individu sememangnya mempunyai hak untuk memberi komen namun perlu tahu had atau batas untuk memberi komen sehingga tidak menjatuhkan orang lain. Setiap individu juga mempunyai pandangan masing-masing, namun adalah lebih baik memberikan teguran berbentuk nasihat kepada seseorang itu.
ReplyDeleteIya, saya sokong Ain, bukan apa klau kita meluluh membuat kesimpulan dengan sesuatu perkara yang berlaku tanpa kita mengetahui sama ada betul atau salah, ini akan menyebabkan timbulnya fitnah. Bukan begitu?
DeleteBetul. Berita atas talian yang tidak disahkan boleh menyebabkan kes penipuan berita palsu berlaku dalam masyarakat. Pembaca seharusnya tidak mudah tertipu dengan berita di atas talian terutamanya di media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.
DeleteMemang semua pilihan ada di tangan kita, namun bagi saya lah selagi perkara itu tidak sahih 100% saya tidak akan percaya bulat-bulat. Saya akan percaya apabila perkara tersebut disiarkan melalui berita semasa.
ReplyDeleteSetuju apabila anda mengatakan pilihan terletak di tangan kita sendiri. Oleh itu, setiap perkara yang ingin dipercayai perlu mempunyai kesahihan kerana kita sebagai masyarakat mempunyai hak untuk memilih.
DeleteKebanyakan berita atas talian seperti Facebook ada kalanya kita boleh mempercayainya tetapi tidak 100% percaya selagi kesahihan sebuah cerita tersebut tidak dibuktikan. Pada pandangan saya, walaupun saya suka membaca berita melalui talian Facebook, saya hanya membacanya tanpa mempercayainya dengan hanya sekali baca sahaja. setiap komen yang diberikan adalah hak seseorang tetapi kita perlu berhemah dalam memberi komen bukannya memberi komen secara melulu tanpa mengetahui cerita yang sebenar.
ReplyDeleteSetuju dengan anda dimana berita yang dikeluarkan dalam facebook sukar untuk saya percaya kerana kadang-kadang berita yang lalu dikongsi balik kerana kita boleh lihat daripada tarikh. Oleh itu, untuk melihat kesahihan berita, saya lebih baik memilih akhbar dan berita yang disiarkan kerana penyampaian dan daripada sumber media yang boleh dipercayai.
DeleteZaman sekarang terjumpa terlalu banyak berita palsu yang tidak dapat dipercayai terutamanya berita dari sumber yang tidak rasmi seperti Facebook dan laman web. Oleh itu, penbaca berita haruslah bersikap rasional terhadap beita yang diterbitkan dan tidak mempercayai semua berita semata-matanya.
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan anda, tetapi pada masa yang sama, sikap media adalah sangat penting. Mereka juga perlu memastikan mereka tidak melanggar etika sebagai seorang media.
Delete