Internet Tanpa Wayar. Apa pandangan anda?
Internet Tanpa Wayar
Set peraturan baru internet tanpa wayar
Di
Malaysia, masyarakat sekarang sangat mudah untuk mendapatkan rangkaian Wifi
ataupun hotspot secara percuma dengan pergi ke restoran untuk mendapatkan
rangkaian tersebut tetapi mereka tidak menyedari bahawa perkara tersebut telah
mendedahkan diri mereka kepada penjenayah untuk mengodam maklumat diri mereka.
Untuk menjauhkan diri mereka daripada berlakunya perkara sedemikian pengguna
boleh menjadikan sambungan supaya tidak kelihatan oleh pengguna lain dan data
tidak boleh dibaca.
Kreativiti budaya
Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaksanakan pencapaian teknologi
tanpa wayar dalam usaha memajukan lagi perkhidmatan internet ke seluruh kawasan.
Projek Kampung Wifi di Kampung Bahagia Jaya, Teku Sarawak dijalankan untuk
meningkatkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi. Teknologi WIFI yang
disediakan kepada masyarakat menyenangkan dalam penggunaannya dalam mewujudkan
masyarakat berilmu (K-Society).
Selain itu, beberapa buah sekolah telah
menerima sumbangan komputer dimana sambungan internet tanpa wayar memudahkan
mereka mengakses jalur lebar dengan kelajuan sehingga 4Mbps dalam jarak 50
meter. Perubahan ini membolehkan masyrakat di luar bandar menerima faedah dalam
menggunakan kemudahan ICT. Peruntukan kemudahan ini adalah penambahbaikan
internet di setiap kawasan. KampungWifi ini dilihat dapat
menyediakan kemudahan Internet dan ICT kepada masyarakat setempat untuk
dinikmati bersama.
Sejarah perkembangan muzik mudah alih:
Muzik mudah alih ini merupakan muzik
yang di muat turun dan dibuka dengan menggunakan telefon bimbit. Kini, dengan
teknologi digital yang serba canggih, kebanyakan pengguna boleh mendapatkan
muzik mudah alih ini dengan senang. Contohnya, hanya membuka muzik mudah alih
yang terdapat pada apps atau Youtube. Tetapi, adakah kamu tahu, perkembangan
muzik mudah alih ini tidak senang dan mengambil masa yang Panjang?
Figure 1: The History of Portable Music "Infographic" (Price, 2011)
Kesan media
mudah alih:
Pendekatan
berkempen menerusi dunia digital atau perang siber dapat menyemarakkan lagi
kempen Pilihan Raya Umum. Berkempen menerusi alam siber khususnya laman web,
blog politik, khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan persidangan video menjadi
kaedah baru yang menghangatkan suasana berkempen sama ada membabitkan parti
atau calon yang bertanding bagi tempoh kempen hinggalah hari pembuangan undi.
Parti
politik, calon dan agensi kerajaan menyediakan pelbagai peluang untuk
memperolehi maklumat oleh rakyat awam seterusnya menyediakan ruang berpolitik
yang lebih luas berbanding 10 tahun lalu. Maklumat dalam talian dan penglibatan
rakyat dalam teknologi komunikasi maklumat mempunyai 2 dimensi iaitu komunikasi
awam dan komunikasi politik (ekonomi politik) yang mempengaruhi produksi web
seterusnya menghasilkan “third media age”
(Lusoli &Ward, 2005).
b)Bahasa
Timbulnya penggunaan bahasa
singkatan yang berleluasa. Bahasa SMS seperti ini akan mencemarkan bahasa
Melayu kerana terdapat penggunaan bahasa singkatan, bahasa rojak, dan sebagainya
yang menyebabkan hilangnya ketulenan bahasa tersebut. Hal ini amat menyedihkan
kerana selama lebih 10 tahun kita diajar untuk menggunakan bahasa Melayu dengan
betul tetapi akhirnya kita mengabaikan penggunaan bahasa tersebut.
Contoh
bahasa SMS:
“akum,
bley x sesape plz bgtau cm ner nk siap kn keje nie..? idea plz..”
c)Individual
Internet sebagai media komunikasi,
paling banyak digunakan dimana setiap pengguna internet dapat berkomunikasi
dengan pengguna lainnya dari seluruh dunia. Cara ini dapat mempermudahkan
komunikasi dan mengeratkan silatulrahim yang tinggal berjauhan. Melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, dan
sebagainya pengguna boleh berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan
cepat.
Contohnya
kewujudan sistem ‘voice recording’ yang terdapat
pada apps Whatsapp memberikan pengguna kemudahan dan tidak perlu menaip mesej
yang panjang. Bahkan sekarang kecanggihan telefon yang mengandungi sistem 3G
dapat memberikan pengguna berkomunikasi menerusi telepon sekaligus melihat
wajah kenalan yang dihubungi ketika itu.
d)Detachment and Nation
of time
Telefon
telah wujud sejak dahulu dan fungsinya tidak dapat disangkal lagi dengan
perkembangannya terutama sekali pada zaman moden ini. Teknologi ini memudahkan
sistem komunikasi antara manusia walaupun berada pada jarak yang jauh.
Misalnya, kita mempunyai sahabat yang berada daripada luar negara salah satu
cara untuk berhubung dengan mereka dengan cepat adalah menggunakan telefon.
Selain
itu, kita juga dapat memperolehi maklumat dengan cepat dengan
melayari Google melalui telefon
dengan cepat dan pantas. Misalnya, jika kita tidak memahami sesuatu perkara
atau ingin mengetahui kesahihan sesuatu maklumat kita dengan mudah untuk
melayari internet menggunakan telefon mengetahui perkara tersebut.
Figure 2: Kebaikan Telefon Pintar "Smartphone" (Ummu Khadijah, 2014)
Selain itu, penggunaan telefon juga
memudahkan kita ke mana-mana sahaja. Hal ini demikian kerana kita boleh
menggunakan aplikasi seperti GPS, Waze
dan Google Maps untuk mencari lokasi
yang ingin kita tuju.
Figure 3: Kebaikan Telefon Pintar "Smartphone" (Ummu Khadijah, 2014)
e) Set
peraturan baru dan budaya kreatif
1G:
- Analog
- hanya layanan suara (voice)
2G:
- Beralih kepada digital teknologi tanpa wayar
- Suara (voice) masih menjadi keutamaan
- Penggunaan SMS – untuk menyampaikan perkhidmatan suara mudah alih kepada orang ramai.
- Kapasiti dan liputan yang lebih baik
3G:
- Dilancarkan pada awal tahun 2000
- Beralih kepada kemudahan data dan jalur lebar
- Memperkenalkan kemudahan akses internet berkelajuan tinggi untuk pertama kali
- Internet Broadband kepada telefon pintar dan seterusnya mudah alih (mobile) di mana-mana.
4G:
- Evolusi untuk menyediakan lebih banyak kapasiti data.
- Menyampaikan jalur lebar mudah alih (mobile) yang lebih cepat dan lebih baik kepada pengguna.
- Dapat menyampaikan lebih banyak
kapasiti untuk kegunaan seperti memuat turun video, permainan, lagu, streaming, video call dengan lebih laju
dan cepat.
Figure 4: Lets Know How Internet Advanced from 1G to 5G ( Rao, 2017)
References
Ummu Khadijah. (2014). Kebaikan Telefon Pintar "Smartphone".
Retrieved from http://ummukhadijah.com/kebaikan-telefon-pintar-smartphone/
Retrieved from http://ummukhadijah.com/kebaikan-telefon-pintar-smartphone/
Lusoli, W. & Ward, J. (2005). Politics makes
strange bedfellows the internet and the 2004
European parliament election in
Britain. Harvard International Journal of
Press/Politics (4),
71-79.
Price, E. (2011). The History of Portable Music (Infographic).
Retrieved from https://www.technobuffalo.com/2011/08/20/the-history-of-portable-music-
infographic/
Rao, M. (2017). Lets Know How Internet Advanced from 1G to 5G.
Retrieved from https://english.newstracklive.com/news/lets-know-how-internet-advanced-
from-1g-to-5g-28252-1.html
71-79.
Price, E. (2011). The History of Portable Music (Infographic).
Retrieved from https://www.technobuffalo.com/2011/08/20/the-history-of-portable-music-
infographic/
Rao, M. (2017). Lets Know How Internet Advanced from 1G to 5G.
Retrieved from https://english.newstracklive.com/news/lets-know-how-internet-advanced-
from-1g-to-5g-28252-1.html
Berbicara mengenai internet tanpa wayar, saya memang tidak berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan. Hal ini kerana, terdapat segelintir kampung yang memang mempunyai kemudahan internet tanpa wayar tetapi sungguh mendukacitakan rangkaian internet tidak dapat di akses sepenuhnya. Susah juga mau cakap.
ReplyDeleteSelain itu, bercakap tentang muzik mudah alih, memang tidak dinafikan bahawa dengan adanya rangkaian internet kita mudah mendapatkan lagu yang digemari hanya dengan menggunakan aplikasi youtube yang sangat popular pada masa kini.
Saya tertarik dengan penggunaan bahasa dan ejaan ketika berbalas mesej atau komen. Penggunaan bahasa dan ejaan menjadi semakin canggih mengikut peralihan masa dan bunyi ejaan semakin lari daripada bunyi perkataan yang sebenar. Kadang-kadang saya sendiri yang membaca pun binggung apa sebenarnya yang hendak disampaikan.
Saya bersetuju dengan pandangan anda. Internet tanpa wayar menjadi semakin penting dalam kehidupan kita. Ia berfungsi sebagai alat pendidikan pada zaman ini. Namun begitu, disebabkan kemudahan tidak mencukupi di kamoung, mereka telah hilang peluang untuk meningkatkan daya persaingan diri.
DeleteInternet di hujung jari sering kali digunakan oleh masyarakat untuk memberi gambaran mengenai kemudahan yang ada pada hari ini. Internet yang memudahkan masyarakat untuk mengakses pelbagai keperluan dan kehendak mereka tanpa perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah untuk mendapatkannya. Namun begitu, terdapat juga sesetengah kawasan terutama luar bandar yang tidak dapat mengakses internet dengan baik tetapi ia tidak menjadi masalah untuk mereka mendapatkan maklumat yang diperlukan. Melihat kepada perkembangan dalam media sosial terutama muzik dari dahulu hingga sekarang menunjukkan perubahan yang ketara dalam memberi kepuasan kepada mereka yang menggunakannya. Selain itu juga, dengan kemudahan internet tanpa wayar atau (Mobile internet) juga membolehkan masyarakat melayari internet tidak kira dimana mereka berada.
ReplyDeleteKesan media mudah alih telah membawa banyak kesan terhadap politik, masyarakat, bahasa dan setiap individu. Internet sebagai media komunikasi, paling banyak digunakan dimana setiap pengguna internet dapat berkomunikasi dengan pengguna lainnya dari seluruh dunia. Cara ini dapat mempermudahkan komunikasi dan mengeratkan silatulrahim yang tinggal berjauhan. Melalui laman sosial seperti Facebook, Whatspp, Twitter dan sebagainya, pengguna boleh berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan cepat. Masyarakat juga dapat melayari internet untuk mencari maklumat atau berhiburan dengan cepat dan senang.
ReplyDeleteBegitu banyak manfaat yanh boleh dilihat dengan wujudnya kemudahan seperti internet tanpa wayar dimana boleh membentuk media mudah alih. Namun demikian, terdapat beberapa juga keburukan dimana setiap ada kebaikan mesti ada keburukan. Contohnya berita dimana dengan menggunakan media mudah alih ini, banyak penulis bebas iaitu bukan bertauliah yang menulis berita yang pembaca sendiri tidak percaya hasil sumbernya. Oleh itu, sampai sekarang pembaca lebih percayakan media tradisional seperti surat khabar, radio dan televisyen untuk mendapatkan berita yang sahih. Walaubagaimanapun, media mudah alih ini juga sangat berguna untuk pengguna kerana manusia perlu menghadapi globalisasi dunia yang berlaku samada dari segi teknologi.
ReplyDeleteInisiatif Internet Tanpa Wayar yang bermula sejak 2010, dibangunkan kerajaan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar secara percuma kepada masyarakat terutamanya di bahagian pedalam. Ianya diakses secara percuma oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pengguna seharusnya menghargai dan menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebetulnya.
ReplyDelete