Sosialiti dan Media Sosial

Sosialiti dan Media Sosial:

Maksud sosialiti ialah kecenderungan untuk bergaul dengan orang lain dan membentuk kumpulan sosial (Arestrias, 2016). Manakala Media sosial adalah teknologi yang dikendalikan oleh komputer yang memudahkan penciptaan dan perkongsian maklumat, idea, minat, kerjaya dan bentuk ekspresi lain melalui komuniti maya dan rangkaian (Arestrias, 2016). Contoh-contoh media sosial adalah seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Menurut Tonnies terdapat dua jenis kumpulan sosial iaitu:


Gemeinschaft - merujuk kepada kumpulan berdasarkan perasaan kebersamaan
· Contoh : keluarga  dan jiran

Gesellschaft-  merujuk kepada kumpulan yang dikekalkan oleh matlamat instrumental
· Contoh : Organisasi syarikat (perniagaan)


Beliau juga berhujah berkenaan masyarakat atau dua jenis kumpulan sosial ini hanya wujud disebabkan dua perkara iaitu;


 -Dasar pengerak kepada kehidupan seseorang.                 -Berorentasikan tujuan dan matlamat
                                                                                               kehidupan seseorang.
Manusia memerlukan keperluan asas untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hujah ini juga  telah dinyatakan oleh Maslow sebelum ini, iaitu manusia memerlukan lima keperluan ini dalam menjalani kehidupan seharian. Setiap manusia tidak akan terlepas daripada memerlukan keperluan ini dalam kehidupan seharian. Antara keperluannya adalah :
 
Perbezaan diantara Rangkaian Masyarakat  dengan Rangkaian Individualisme:

Rangkaian masyarakat adalah ungkapan dalam mengaitkan perubahan sosial, politik, ekonomi dan budaya yang disebabkan oleh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi digital. Hal ini boleh dilihat daripada pemodenan yang sedia ada dan perindustrian atau ekonomi yang berdasarkan kapitalis serta organisasi. Manakala, rangkaian individualism yang memberi maksud rangkaian untuk kumpulan sosial yang rapat seperti kumpulan isi rumah dan kumpulan pekerja serta individu yang berkaitan di mana mereka menggunakan rangkaian untuk maklumat dan berkomunikasi dengan teknologi yang sedia ada (Castells, 2007). Contohnya, boleh dilihat dalam perkembangan rangkaian media sosial yang menjadi platform untuk seseorang individu memperoleh maklumat dan juga berkomunikasi.

Ciri-ciri virtual community dan loss of community:
 
Gambah rajah 1 (Characterizing the Virtual Community, 2002)

Gambar rajah di atas menunjukkan terdapat tiga jenis ciri-ciri komuniti maya, iaitu berorientasikan sosial, berorientasikan profesional dan berorientasikan komersial. Secara konklusinya, komuniti maya diwujud untuk tujuan mempengaruh seseorang untuk mendapat ganjaran secara intrapersonal (e.g. pembinaan diri yang dikehendaki) dan interpersonal( e.g. persahabatan (VanderDrift, Tyler dan Ma, 2015).

“ Berbual secara online dan bayangkan sendiri sedang masuk ke dalam satu bar di kawasan perumahan adalah sangat senang. Ia adalah sangat senang untuk masukkan ke dalam dunia maya dan bayangkan kita faham dunia yang “sebenar” (Porter, 1997)

Sosial media memberikan laluan yang luas untuk mendapatkan matlumat yang kita inginkan, tapi dalam masa yang sama, ia juga menyebabkan kehilangan komuniti.

Rujukan


Arestrias, A. P. (2016). Media Sosial. Artikel Media Sosial, 16(1).

Castells, M. (2007). Communication, Power and Counter-power in the Network Society.                 International Journal of Communication, 1(7), 236-266.

Characterizing the Virtual Community (2015, June 24). Retrieved from https://experience.sap.com/news/good-bye-sap-design-guild/

Porter,D. (1997). Internet culture. New York, NY: Routledge.

VanderDrift, L .E ., Tyler, J. M., & Ma, L. L. (2015). Self-presentation of romantic relationships:     audience, attachment, and the self-presentation of relationship intimacy.  Self and identity, 14(4),   453–463.






Comments

  1. Setiap orang mempunyai 'need' masing-masing selain keperluan asas yang utama. Kita boleh lihat melalui media sosial seseorang itu dapat memenuhi need untuk bergaul dengan orang lain dan membentuk satu kumpulan yang baru. Oleh itu, dengan adanya kemudahan jaringan internet dapat mengeratkan hubungan kita dengan orang yang jauh dan yang dekat dapat rapatkan lagi seterusnya dapat membentuk sebuah komuniti yang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersosial memang merupakan salah satu keperluan untuk manusia menjalinkan hubungan sesama sendiri supaya dapat membentuk komuniti yang besar seperti yang di nyatakan. Oleh itu, masyarakat sekarang mengikut globalisasi media yang semakin hari semakin canggih dimana masyarakat sekarang juga boleh menjadi media sosial untuk mereka berkomunikasi dengan saudara mara dan juga membolehkan kita berkenalan dengan orang lain untuk jadikan sebagai kawan.

      Delete
  2. Keperluan dan kehendak merupakan dua perkara yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Tambahan dengan kemudahan internet seperti media sosial memudahkan lagi masyarakat untuk memenuhi keperluan atau kehendak mereka. Samada kemudahan mereka untuk bergaul dengan orang ramai walaupun secara atas talian. Ini pandangan saya, dengan ada jaringan internet membuatkan masyarakat boleh membentuk satu keperluan atau kehendak mereka ke arah sebuah komuniti yang besar untuk merapatkan lagi perhubungan yang terjalin.

    ReplyDelete
  3. ​Keperluan merupakan kepentingan asas yang diperlukan oleh setiap manusia untuk meneruskan kehidupan. Keperluan terdiri daripada barang atau perkhidmatan yang membolehkan manusia hidup pada tahap minimum. Keperluan asas merupakan keperluan yang wajib dan mesti dipenuhi untuk meneruskan kehidupan.

    Kehendak adalah keinginan terhadap barang perkhidmatan untuk hidup dengan lebih selesa dan mewah daripada keadaan asal (tahap minimum), serta dapat meningkatkan taraf hidup. Perbezaan kehendak antara individu adalah dipergaruhi oleh faktor umur, jantina, cita rasa, pekerjaan, dan pendapatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan memenuhi keperluan dan kehendak ini, manusia daoat lebih maju dalma pelbagai aspek dengan keingingan untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa dan maju.

      Delete
  4. Setiap manusia memerlukan "Keperluan" untuk kehidupan mereka. Keperluan yang didapati tersebut akan membuatkan kehidupan mereka lebih kehadapan dan lebih baik. Keperluan sememangnya penting untuk semua masyarakat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MEDIA BARU

GLOBALISASI DALAM MEDIA BAHARU

Komputer Sebagai Pengantara Komunikasi (CMC)