Komputer Sebagai Pengantara Komunikasi (CMC)


Pengenalan kepada CMC

Manusia melakukan kegiatan komunikasi dengan manusia lain melalui berbagai cara dan media, salah satunya adalah dengan media internet. Komunikasi dalam Internet disebut Computer Mediated Communication atau CMC. Arus perkembangan teknologi yang serba canggih ketika ini, kemunculan pelbagai aplikasi di dalamnya untuk memudahkan kita berinteraksi sesama individu telah mencetuskan wujudnya isu yang dipanggil sebagai Computer Mediated Communication (CMC).

 Istilah CMC ini turut merujuk kepada komputer sebagai sebuah medium perantaraan yang terbesar untuk berkomunikasi. Dalam erti kata lain, CMC di hujung jari mengambarkan kita hanya berkomunikasi di alam maya tanpa bersemuka dan bercakap berdepan dengan seseorang individu.

Definisi Computer Mediated Communication (CMC) menurut tokoh:

            
Menurut Fatma (2014) CMC adalah satu bentuk komunikasi baru yang dapat dikatakan sebagai kayu pengukur yang menjadi tanda bahawa satu perubahan era teknologi dan sosial telah berlaku. Jika sebelum ini hanya wujud komunikasi melalui bentuk intrapersonal, interpersonal, kelompok dan komunikasi massa, tetapi kini seorang individu dapat berkomunikasi dengan individu lain menggunakan komputer. Bentuk komunikasi dalam kategori ini adalah apabila dua atau beberapa orang yang boleh bertukar maklumat menggunakan komputer. (Fatma, 2014)

Judy et al. (2012) telah mendefinisikan Computer Mediated Communication (CMC) sebagai interaksi antara manusia menggunakan komputer berjaringan Internet.

CMC adalah saluran interaktif yang memungkinkan pengguna untuk aktif dan terlibat dalam komunikasi dua arah.

Contoh CMC yang dijadikan sebagai bahan teknikal untuk berkomunikasi secara dua hala adalah:
  •  Facebook
  • Skype
  • Email
  • Instagram
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Badoo
  • Tinder
  • BeeTalk.

Kekurangan penggunaan komputer sebagai pengantara komunikasi
Namun, tidak dapat dinafikan juga kekurangan dalam penggunaan komputer untuk berkomunikasi. Antaranya:

                      Mewujudkan pemisah hubungan antara ahli keluarga
 ·         Menurut Lee (2011) penggunaan komputer untuk berhubung yang terlalu ekstreme dapat menyebabkan berlakunya perpecahan keluarga. Hal ini menyebabkan penggunaannya tanpa henti walaupun bersama ahli keluarga kerana akan hilang rasa hormat kepada mereka kerana leka melayan komputer dan tidak mempedulikan mereka.

Penyampaian kurang efektif
   ·         Komunikasi melalui komputer juga kurang berkesan kerana mesej atau maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat difahami dengan baik malahan boleh menyebabkan berlakunya salah faham antara pembaca sekaligus membolehkan berlakunya pergaduhan kecil.


Pengalaman terlibat dalam Computer Mediated Communication (CMC)

Berdasarkan pengalaman saya, apabila mempunyai cara seperti ini memberi kemudahan kita untuk berurusan antara satu sama lain melalui komputer atau jaringan sosial dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Kemudahan internet yang semakin canggih dan mengenali kawan baharu melalui laman sosial sudah menjadi suatu trend baharu bagi orang ramai terutamanya golongan remaja. Walaupun berkenalan secara atas talian tanpa bertemu dengan orang tersebut, namun terdapat juga sesetengah daripadanya menjadi kawan di kehidupan sebenar.

Saya adalah seorang penggemar mainan secara atas talian (online game) yang menyebabkan saya berkenalan dengan ramai kawan dari pelbagai negeri di Malaysia seperti  Johor, Pulau Pinang dan Kelantan dan juga luar negara iaitu Korea, China, Japan, Singapura, Vietnam dan Amerika. Bagi saya mempunyai kawan secara atas talian membawa manfaat kerana dapat menambah ilmu tentang budaya dari tempat yang berbeza. Kadangkala apabila saya menghadapi masalah terutamanya berlaku konflik kecil dalam persahabatan dan takut untuk berkongsi perasaan dengan kawan yang dekat kerana takut masalah tersebut tersebar dan menjadi lebih teruk, saya akan berkongsi dengan kawan secara atas talian dan mereka dapat memberi nasihat yang amat berguna.

Kami berbual hampir setiap hari dan juga menjadi rakan di muka buku serta dapat melihat status dan juga gambar masing-masing. Selepas berkenalan beberapa bulan, kami bercadang untuk bertemu di Johor. Saya mula berfikiran negatif dan bimbang jika mereka penipu atau berasa kekok kerana baru pertama kali bertemu. Namun selepas berjumpa dengan mereka, walaupun terdapat sedikit perbezaan tentang apa yang saya fikir berkaitan individu tersebut tetapi kami masih menjadi kawan yang baik sampai sekarang.

Oleh itu, saya tersedar bahawa Computer-Medicated Communication ini sudah menjadi salah satu platform bagi orang ramai untuk mengenali kawan baharu seperti di alam realiti. Jika seseorang itu berusaha untuk mnegekalkan hubungan dengan kawan atas talian maka hubungan tersebut akan  stabil seperti berkawan di alam realiti.


Namun adakah dengan adanya teknologi seperti ini akan mengeratkan lagi hubugan antara satu sama lain kerana setiap perkara yang berlaku hanya melalui atas talian atau alam maya sahaja tanpa perlu berjumpa secara langsung?

Rujukan


Fatma,D.P. (2014). Computer Mediated Communication dalam perspektif komunikasi Lintas Budaya. Jurnal Komunikasi Profetik, 7(1), 29-44.

Judy,P.,  Paul,N., Scott,T., Angela, H.,&Lynn, H. (2012). Human communication.(5th ed.). New York, NY: McGraw-Hill

Lee, C. E. (2011). Computer-Mediated-Communication and Organisational Communication: The use of new communication technology in the workplace.The Journal of South East Asia Research Center, 3, 1-12.
F




Comments

  1. Pada pendapat saya berkomunikasi secara face-to-face (F2F) lebih memudahkan berbanding computer mediated communication (CMC). Ini kerana komunikasi CMC merupakan satu kaedah baru di mana kita hanya berhubung melalui atas talian untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara tanpa perlu berjumpa secara berhadapan. Berbanding dengan F2F ia lebih berkesan kepada seseorang individu itu kerana mereka akan berjumpa untuk menyelesaikan masalah dan lebih disenangi kerana dapat menunjukkan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara. Namun begitu, saya tidak mengatakan bahawa CMC tidak perlu digunakan tetapi kita perlu tahu sejauh mana sesuatu perkara tersebut berlaku dan adakah ia sesuai digunakan sebagai pengantara dengan seseorang dalam keadaan tersebut. tidak dinafikan setiap perhubungan melalui F2F atau CMC mempunyai kepentingan mereka tersendiri Cuma persoalannya bagaimanakah kita sebagai pengguna mengaplikasikan kemudahan tersebut menjadi lebih penting kerana ini menunjukkan bahawa kita dapat membezakan sesuatu kemudahan tersebut dalam situasi yang betul. Contoh, melalui CMC bagi yang suka bermain Game Online sudah pasti mereka mempunyai ramai kawan di alam maya walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pandangan anda mengenai F2F dan CMC dimana masing-masing mempunyai kelebihan atau kepentingan sendiri. Hal ini bermaksud, ia bergantung kepada keselasaan seseorang individu tersebut apabila ingin berkomunikasi dengan seseorang yang baru dia kenali namun kebiasaan CMC berlaku apabila seseorang individu tersebut hanya ingin mencari teman di alam maya dimana tidak perlu untuk berjumpa namun tetap boleh berkomunikasi.

      Delete
  2. Bagi saya komunikasi melalui media sosial tidak berapa efektif jika dibandingkan dengan komunikasi face to face. Melalui media sosial kita berkenalan dengan pelbagai manusia seluruh dunia dan kita tidak mengenali antara satu sama yang lain, peratusan untuk kita ditipu sangat tinggi. Iya lah orang cakap melalui media sosial kita dapat berkenalan dengan ramai orang, tetapi persoalannya adakah orang tersebut boleh dipercaya atau tidak? entah2 kita ditipu. Lagi satu saya sangat setuju sangat dengan komunikasi face to face kerana ianya dapat meningkatkan skills berkomunikasi kita dengan orang lain, nanti tidak lah kita tergagap-gagap apabila ditanya soalan. Bukan begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya sokong pandangan anda. Komunikasi melalui media sosial tidak berapa efektif jika dibandingkan dengan komunikasi face to face. Walaupun Computer-Medicated Communication ini sudah menjadi salah satu platform bagi orang ramai untuk mengenali kawan baharu, saya masih lebih suka mengenali kawan di dunia realiti kerana komunikasi face to face lagi mencabar dan seronok.

      Delete
    2. Saya mengakui bahawa kemunikasi melalui media sosial tidak berapa efektif jika dibandingkan dengan komunikasi face to face. Lagipun, sosial media adalha satu tempat dimana orang boleh menipu orang lain. Jadi , komunikasi face to face masih diperlukan dalam interaksi antara manusia.

      Delete
  3. Walaupun komputer adalah pengantara komunikasi tetapi manusia juga masih perlu untuk berjumpa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Pada pendapat saya, faco to face lagi bagus berbanding interaksi melalui internet kerana apabila kita berjumpa dan berinteraksi reaksi muka dan gaya percakapan kita akan mudah difahami oleh pendengar dan tidak wujudnya salah faham.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MEDIA BARU

GLOBALISASI DALAM MEDIA BAHARU