KOMPUTER SEBAGAI PENGANTARA KOMUNIKASI DAN MEDIA BAHARU TERHADAP PENDEDAHAN KENDIRI
Definisi pendedahan kendiri
Pendedahan kendiri
merupakan satu elemen yang penting dalam komunikasi serta pembentukan hubungan
di antara individu. Pendedahan diri adalah perbuatan mendedahkan butiran
tentang diri kita kepada orang lain. (Masaviru, 2016)
Faktor dan bagaimana pendedahan kendiri berlaku
Setiap manusia
mempunyai kehendak masing-masing termasuk bersosial dimana mereka
perlu mengenali individu lain supaya boleh berkomunikasi. Contohnya muka buka atau “Facebook” dimana ramai
pengguna menjadikan laman media sosial tersebut sebagai tempat untuk meluahkan
perasaan atau rasa geram mereka terhadap orang lain dengan cara menaikkan
kata-kata atau penulisan dalam ruangan status. Derlega dan Grzelak(1979) mengatakan
dalam konteks ekUntuk memahami proses pendedahan diri berlaku, memahami kajian
kes adalah sangat penting. Disclosure decision
model boleh diaplikasikan untuk mendapat
kefahaman yang lebih lanjut tentang pendedahan diri seseorang.
Model ini
mengambarkan bagaimana keputusan dalaman memberi kesan kepada ciri-ciri
pendedahan. Ini disebabkan pspresi dimana meluahkan perasaan pada media masa
merupakan salah satu fungsi pengungkapan diri.
Proses pendedahan diri : Disclosure decision model
Pendedahan mempunyai pelbagai jenis ciri-ciri.
Model ini merangkumi
tiga proses.
Peringkat 1: Konteks
dan matlamat pendedahan.
Peringkat
pertama disclosure decision model menerangkan proses di mana
seseorang individu membuat keputusan untuk masuk ke dalam sesuatu situasi dan
memilih melakukan pendedahan yang paling sesuai kepada situasi tersebut.
Individu memilih untuk mendedah maklumat yang membolehkan individu tersebut mendapat
ganjaran sosial seperti menambah baik peluang untuk mencapai matlamat yang akan
dicapai (Omarzu, 2000).
Derlega dan Grzelak
(1979) mencadangkan disclosure decision-making models di mana
dalam proses pendedahan diri terdapat lima motif yang ingin dicapai, iaitu
perkembangan hubungan, ekspresi diri, kawalan sosial dan penjelasan diri.
Di peringkat ini,
seseorang akan mencuba untuk menunjukkan dirinya secara positif bagi
mendapatkan imej positif daripada orang lain. Oleh itu, mereka hanya
memberitahu orang lain tentang diri sendiri secara umum, seperti umur, jantina
dan sebagainya. Di peringkat ini juga, orang akan memerhati reaksi orang lain
tentang perlakuan diri sendiri dan memberi tindak balas daripada reaksi
tersebut. Seseorang bakal membuat keputusan sama ada untuk meneruskan
perhubungan dengan lanjut atau memilih untuk menghentikannya . Seseorang
mungkin mengubah sikap mereka bagi memenuhi persepsi masyarakat.
Peringkat 2 :
Memilih sasaran
Peringkat seterusnya
melibatkan pemilihan sasaran. Kita semua adalah seorang pelakon. Kita
menunjukkan identiti kita melalui mesej lisan dan bukan lisan dengan matlamat
menunjukkan imej yang baik kepada penonton (orang lain) kita (Leary &
Kowalski, 1990).
Dalam peringkat ini,
orang mula mengubah lebih banyak informasi terhadap satu sama lain. Seseorang
mempunyai arah yang lebih jelas untuk mendedah diri sendiri terhadap orang
lain.
Peringkat 3:
Ciri-ciri pendedahan
Hubungan yang lebih
mesra menyebabkan pendedahan diri yang lebih luas dan dalam (Jourard, 1968).
Kajian telah menunjukkan bahawa orang custom pendedahan mengikut individu
dan situasi (Omarzu, 2000).
Seperti yang
dibincang di atas, pendedahan informasi peribadi mencerminkan tahap kesesuaian
yang berbeza.
Akhir sekali, disclosure
decision model mencadangkan bahawa perubahan situasi mungkin menjadi
sesuatu matlamat atau matlamat lain menjadi lebih penting dan tingkah laku
mungkin akan berubah (Omarzu, 2000). Oleh itu, pendedahan terhadap satu sama
lain akan berubah mengikut pencapaian dan matlamat yang ingin dicapai antara
satu sama lain dalam hubungan tersebut.
Secara
keseluruhannya , pendedahan diri adalah dimotivasi dengan tujuan untuk
menpengaruh seseorang untuk mendapat ganjaran secara intrapersonal (e.g.
pembinaan diri yang dikehendaki) dan interpersonal( e.g. persahabatan
(VanderDrift, Tyler and Ma, 2015).
Pengalaman dalam proses pendedahan kendiri
Media sosial. (ONLINE)
Dulu saya seorang
yang suka mengasingkan diri sendiri dengan orang lain. Saya lebih suka
menyendiri dan kurang bergaul dengan orang sekeliling. Pada zaman teknologi
canggih masa ini, saya gemar melayari laman sosial. Antaranya Facebook,
Wechat, Instagram dan Twitter. Teknologi serba moden
masa ini sangat berguna kepada sesiapa sahaja sama ada untuk urusan pekerjaan,
pembelajaran dan sebagainya.
Disebabkan saya
kesunyian, saya suka mengusik orang lain melalui media sosial tidak kira orang
yang saya kenal ataupun tidak melalui komen dan Messenger.
Melalui media sosial tersebut, saya mula rapat dengan orang yang saya usik di
media sosial. Saya mula bergaul, gelak ketawa dan berkawan seperti biasa dengan
mereka. Saya mula tidak menyendiri dan lebih suka bila berjalan berkumpulan
dengan kawan-kawan. Saya menjadi lebih positif dalam kehidupan seharian
saya. Bila ada masalah, saya berkongsi dengan kawan dan bincang macam mana nak
selesaikan masalah tersebut. Daripada saya seorang pendiam dan sekarang saya
boleh menjadi seorang yang banyak bercakap. Dan bila kita berkomunikasi dengan
orang lain, ianya lebih selesa daripada kita simpan dan pendam masalah tersebut.
Di samping itu,
melalui laman sosial tersebut saya mudah untuk mendapat pelbagai maklumat yang
berguna untuk diri saya sendiri. Pelbagai info yang menarik yang dikongsikan
kenalan saya dalam media tersebut. Dengan info yang saya dapat, saya terus
berkongsi info yang saya dapat melalui media sosial kepada kawan-kawan saya
yang lain.
Ketika Kerja (OFFLINE)
Lepas tamat
pengajian tingkatan enam, saya tinggalkan kampung dan pergi ke pusat bandar
Kuching untuk mencari peluang pekerjaan. Sampai sahaja ke Kuching, saya pergi
ke sebuah shopping mall dan mencari kerja. Setelah penat seharian pergi
temuduga untuk bekerja. Saya berehat di sebuah rumah sewa.
Pada keesokan
harinya, saya mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah restoran KFC. saya
berasa sangat teruja kerana mendapat pekerjaan dengan masa yang cukup singkat.
Saya terus memulakan pekerjaan pada hari seterusnya.
Hari pertama saya
bekerja, saya berkenalan dengan staf baru yang bekerja di KFC tersebut. Mereka
memberi tunjuk ajar dengan baik termasuk pengurus KFC tersebut. Selepas tamat
masa bekerja, saya pergi lepak dengan kenalan-kenalan baru saya dan kesemuanya
lelaki. Semasa melepak, mereka membawa kawan perempuan mereka sekali semasa
melepak dan saya seorang sahaja yang tidak mempunyai kenalan perempuan. Mereka
sangat bersosial.
Setelah habis
melepak saya terus balik ke rumah dan menceritakan kenapa saya tidak membawa
kawan perempuan untuk lepak sekali. Saya mengatakan bahawa saya tidak mempunyai
kenalan perempuan langsung semasa saya dating ke tempat kerja tersebut. Bagi
saya, saya tidak perlu untuk ada kawan perempuan untuk memberi keseronokan
kepada diri saya. Saya bersyukur dengan kawan yang saya ada dan peluang kerja
yang diberikan. Saya bekerja untuk kumpul duit untuk kepentingan diri sendiri
dan bukan untuk orang lain. Dengan gaji RM 700 memang cukup untuk keperluan
diri sendiri asalkan tidak menyusahkan orang lain. Kenalan saya yang lain sanggup
meminjam duit dengan orang lain semata-mata untuk berseronok dengan perempuan.
Saya bekerja sampai
saya dapat tawaran ke UNIMAS. Dengan duit gaji yang saya ada mampu untuk saya
menguruskan kemasukan saya ke UNIMAS dan semuanya berjalan dengan lancar.
Rujukan
Derlega, V. J., & Grzelak, J. (1979).
Appropriateness of self-disclosure. In Chelune, G. J. (Ed.), Origins,
patters and implications of openness in interpersonal relationships (pp.
151-176) .San Francisco: Jossey-Bass.
Leary, M. R., & Kowalski, R. M.
(1990). Impression management: A literature review and two component
model. Psychological Bulletin, 107, 34–47.
Masaviru, M. (2016). Self-Disclosure:
theories and model review . Journal of Culture, Society and Development
, 18, 43-46.
Omarzu, J. (2000). A Disclosure Decision
Model: Determining how and when individuals will Self-Disclose. Personality
and Social Psychology Review, 4(2), 174–185.
VanderDrift, L .E
., Tyler, J. M., & Ma, L. L. (2015). Self-presentation of romantic relationships: audience,
attachment, and the self-presentation of relationship intimacy. Self
and identity, 14(4), 453–463.
Der
Seperti yang telah dibincangkan sebelum nie, laman media sosial telah dijadikan alat untuk berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Jadi di sini saya mahu komen lah serba sedikit tentang pendedahan kendiri di laman sosial. Masyarakat pada masa kini sangat suka mendedahkan soal peribadi mereka di laman sosial khususnya di facebook dan instagram. Persoalannya adakah mereka tahu kesan buruk apabila mereka mendedahkan semua tentang diri mereka di laman sosial? Trend popular pada masa sekarang yang kita boleh nampak ialah isu viral, dimana segelintir orang yang tidak bertanggungjawab atau yang ingin menjatuhkan seseorang akan menviralkan apa juga perkara yang berkaitan dengan orang tersebut. Oleh itu kita jangan lah terlalu mendedahkan siapa kita, perwatakkan kita dan apa jua perkara yang melibatkan soal peribadi di laman sosial.
ReplyDeletePopular adalah satu perkataan yang sukar dan mustahil untuk orang kebanyakan kecapi. Hal ini bermaksud, mereka yang selalu berkongsi maklumat dalam laman sosial biasanya inginkan orang lain ketahui kehadirannya dimana secara tidak langsung boleh membuatkan dia berasa popular kerana akan terdapat banyak kawan-kawan alam mayanya menyukai perkongsian yang dimuat naikkan.
DeleteSeperti yang kita tahu pendedahan kendiri merupakan satu aspek komunikasi yang penting perlu ada dalam diri setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Melalui pendedahan kendiri tersebut kita dapat melihat sama ada dari segi positif ataupun negatif tambahan pula dengan adanya internet dan media sosial. Pada pendapat saya, pendedahan kendiri seseorang individu tersebut melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatApps, WeChat dan lain-lain ada kebaikan dan keburukan kepada individu itu sendiri. Kita tidak boleh menjadikan media sosial sebagai platform untuk meluah sesuatu perkara kerana ia terlalu umum, namun begitu saya tidak mengatakan ia salah untuk kita berkongsi maklumat melalui media sosial. Ini kerana kadangkala kita juga perlu untuk mengetahui pandangan daripada orang ramai mengenai sesuatu perkara yang tidak jelas. Cuma yang membezakannya adalah bagaimana kita menggunakan media sosial sebagai platform sebagai cara untuk berkongsi masalah. Kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza tentang pendedahan kendiri melalui media sosial.
ReplyDeletePada pandangan saya, pendedahan kendiri berlaku apabila anda dengan sengaja mendedahkan maklumat peribadi anda terhadap orang lain yang tidak akan diketahui melainkan jika diberitahu. Hubungan yang lebih baik dalam persahabatan mahupun kekeluargaan tidak akan mencapai peringkat yang lebih erat tanpa pendedahan kendiri, sebaliknya hubungan itu sekadar perhubungan palsu atau secara terpaksa kerana sebab-sebab tertentu.
ReplyDeleteYa, penerimaan dalam masyarakat adalah sangat penting kepada setiap orang. Oleh itu, mereka rela mempamerkan imej mereka yang positif di sosial media.
Delete